Bengkel Deep Dive Ford Ranger Raptor
Sime Darby Auto Connexion menganjurkan ‘Bengkel Deep Dive Ford Ranger Raptor’ – satu inisiatif percuma untuk menyalurkan pengetahuan yang mendalam kepada pelanggan baharu dan sedia ada mengenai fungsi dan keupayaan Ranger Raptor.

Ia dikendalikan oleh pakar pemotoran berpengalaman di mana peserta akan berpeluang belajar bagaimana untuk memaksimumkan penggunaan pelbagai ciri-ciri dan fungsi berteknologi tinggi yang terdapat pada Ranger Raptor. Ini termasuklah mengajar peserta tentang bila dan bagaimana menggunakan Sistem Pengurusan Permukaan (TMS) – sistem yang canggih menawarkan enam mod memandu pra-set untuk menakluk hampir mana-mana permukaan bumi, hanya pada putaran dial.

Pendaftaran kini dibuka dan pihak yang berminat digalakkan untuk menghubungi dan mendaftar di bilik pameran Ford pilihan mereka kerana tempat duduk adalah terhad. Maklumat lanjut tentang bilik pameran boleh diperolehi di sini.

Tarikh

Lokasi

07 Sep

Ford Johor Bahru, Auto Lumina

14 Sep

Ford Melaka, Sing Kwung

21 Sep

Ford Puchong, Star East

05 Okt

Ford Penang, SDAC Juru

12 Okt

Ford Muar, Ang Trading

19 Okt

Ford Ipoh, SNS Kembara Utama

02 Nov

Ford Kota Bharu, Tugu Etika

16 Nov

Ford Ampang, Trio Mantap

30 Nov

Ford Petaling Jaya 2, Sime Darby Auto ConneXion

Select Language
Ooops!
Generic Popup