Tawaran dari SDAC – Ford Untuk Meraikan Merdeka dan Hari Malaysia
KUALA LUMPUR, Malaysia, 08 Ogos 2019 - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia hari ini mengumumkan promosi jualannya bersempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia.

Bermula 1 Ogos sehingga 30 September 2019, para pelanggan yang membeli samada Ranger WildTrak atau Ranger Raptor akan mendapat penyelenggaraan kenderaan percuma selama dua tahun. Mereka juga akan membawa pulang PETRONAS Gift Card bernilai RM1,000.

Para pelanggan yang memilih Ranger WildTrak semasa tempoh promosi ini akan turut menerima rebat bernilai RM3,000.

“Kami sentiasa ingin mencari peluang menghargai para pelanggan kami. Tawaran terbaharu ini memberikan para pelanggan kami lebih kelegaan dengan penyelengaraan percuma dan ganjaran menarik bersempena sambutan yang akan datang,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Menampilkan peningkatan kecekapan, kesempurnaan dan jalinan teknologi pintar yang kebanyakannya adalah yang pertama dan unggul untuk kelasnya – Ranger WildTrak baharu ini menggabungkan keupayaan lasak berkonsep ‘Built Ford Tough’ dengan keselesaan dan versatiliti sebuah kenderaan penumpang.

Ranger Raptor memasukkan DNA Prestasi Ford untuk melangkaui jangkaan dan meletakkan tanda aras baharu sebagai yang pertama dan satu-satunya trak pikap berprestasi di Malaysia.

Kedua-dua varian berserta barisan Ranger yang lain didatangkan dengan waranti penuh pengeluar selama tiga tahun atau sehingga 100,000km, mana-mana terdahulu.

Baru-baru ini Ford Ranger telah dinobatkan sebagai Trak Pikap Terbaik Malaysia 2019 di Frost & Sullivan Asia Pacific Best Practices Awards. Ia membuktikan bahawa Ford Ranger sememangnya penanda aras industri bagi trak pikap, mengatasi pencabarnya yang lain berdasarkan kriteria-kriteria anugerah tersebut yang turut termasuk peningkatan dalam pegangan pasaran, strategi pemasaran, ciri-ciri penjualan dan kelebihan kompetitif utama.

Anugerah Frost & Sullivan ini merupakan pengiktirafan terbaharu selepas meraih beberapa anugerah besar yang lain sebelum ini termasuk Trak Pikap Terbaik Malaysia Tahun 2019 oleh Cars of Malaysia Awards, Trak Pikap Terbaik oleh D SF.my Allianz Vehicle of the Year (VOTY) Award 2019 (VOTY), Trak Pikap Terbaik Tahun 2018 oleh Malaysia Car Of The Year (COTY), Anugerah Emas untuk Pikap Terbaik 2018 bagi People’s Choice Awards dan Editor’s Choice Award daripada Carlist.my serta Trak Pikap Terbaik Pilihan Editor 2018 daripada Top Gear Chinese.

Select Language
Ooops!
Generic Popup