Aplikasi yang meluaskan lagi pengalaman pemanduan anda
Dari tempahan servis dan ketahui lokasi pengedar terdekat hingga ke bantuan tepi jalan 24 jam dan banyak lagi, Aplikasi Mudah Alih Ford membantu anda mendapatkan penyelesaian yang lebih baik.
Sentiasa Menyenangkan
Dapatkan akses mudah alih terus ke talian Khidmat Pelanggan untuk bantuan tepi jalan 24 jam apabila berlaku kecemasan. Dapatkan nombor khidmat kereta sewa untuk sementara waktu agar perjalanan harian anda tidak terganggu.
Terokai Model Ford Pilihan Anda
Sama ada sudah tahu model mana yang anda mahu atau hanya ingin terokai semua model kenderaan yang ada barulah tahu hendak pilih yang mana satu, anda boleh alami sendiri ciri-ciri dan spesifikasinya di sini. Pastinya ada model yang menepati setiap citarasa berbeza.
Ketahui Lokasi Pengedar
Dari nombor untuk dihubungi dan waktu operasi hingga ke lokasi dan tawaran servis, aplikasi mudah alih Ford membolehkan anda mendapatkan maklumat tentang ruang pameran yang anda pilih.
Ikuti Perkembangan Terkini
Pastikan anda tidak ketinggalan! Ketahui acara dan promosi terkini kami.
Tempah Pandu Uji
Pilih model Ford yang anda idamkan, ketahui lokasi pengedar berhampiran dan tempah pandu uji.
Lebih Mudah Merancang Jadual Servis
Anda boleh membuat temu janji servis mengikut masa dan lokasi yang anda inginkan.
Select Language
Ooops!
Generic Popup