Ford Ranger Raptor Dinobatkan ‘Trak Pikap Terbaik’ di 2019 CarSifu Editors’ Choice Awards
(Dari kiri ke kanan: Andreas Vogiatzakis, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Star Media, dan Encik Nahar Hakimy, Ketua Bahagian Jualan, Sime Darby Auto ConneXion)

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 September 2019 - Ford Ranger Raptor terus mengukuhkan kedudukannya sebagai ‘Raja Trak Pikap’ apabila dinobatkan sebagai ‘Trak Pikap Terbaik’ di 2019 CarSifu Editors’ Choice Awards, malam tadi di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Sebagai trak pikap berprestasi tinggi yang terunggul di Malaysia, Ford Ranger Raptor telah meletakkan penanda aras baharu bagi keupayaan dan kelajuan di laluan lasak.

Bahagian luar Ranger Raptor dilihat garang dan tahan lasak begitu gah dengan DNA Prestasi Ford sesuai dengan gril tulisan blok F-O-R-D ikoniknya dan kedudukannya yang terletak 283mm dari aras bumi dengan trek hadapan dan belakang 150mm lebih lebar melambangkan ia sememangnya trak lasak berprestasi tinggi. Susuk Raptor yang agresif ini diperkuatkan lagi dengan engine diesel 2.0-liter yang memberikan kuasa 213PS dan daya kilas setinggi 500Nm. Ia juga dilengkapi dengan plat pelindung hentaman 2.3mm yang besar dan peredam hentak perlumbaan FOX Racing Shox yang membolehkan ia meluncur laju dengan dengan selesa dan selamat.

Anugerah ‘Trak Pikap Terbaik’ di 2019 CarSifu Editors’ Choice Awards ini merupakan pengiktirafan terbaharu selepas meraih beberapa anugerah besar yang lain sebelum ini termasuk Trak Pikap Terbaik 2019 di Frost & Sullivan Best Practices Awards, Trak Pikap Terbaik Malaysia Tahun 2019 oleh Cars of Malaysia Awards, Trak Pikap Terbaik oleh DSF.my Allianz Vehicle of the Year (VOTY) Award 2019 (VOTY), Trak Pikap Terbaik Tahun 2018 oleh Malaysia Car Of The Year (COTY), Anugerah Emas untuk Pikap Terbaik 2018 bagi People’s Choice Awards dan Editor’s Choice Award daripada Carlist.my serta Trak Pikap Terbaik Pilihan Editor 2018 daripada TopGear Chinese.

Select Language
Ooops!
Generic Popup