Ford Ranger dan Mustang Ditaraf Emas Pada Anugerah Pilihan Ramai & Editor Carlist.my 2020

  • Ford Ranger membawa pulang pingat Emas untuk anugerah ‘Pick-Up Truck of the Year’, manakala Mustang pula memenangi pingat Emas bagi kategori ‘Aspirational Car of the Year’ untuk dua tahun berturut-turut hasil undian orang ramai
  • Rakyat Malaysia membuat undian terhadap tiga modal kenderaan teratas, sementara penulis dan editor pula menilai kenderaan berdasarkan pelbagai aspek, sebelum mengira skor keseluruhan dan menentukan pemenangnya

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Januari 2021 – Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia baru-baru ini ditaraf Emas untuk model Ford Ranger dan Mustang buat dua tahun berturut-turut selepas diundi oleh rakyat Malaysia dalam Anugerah Pilihan Ramai & Editor Carlist.my 2020.

Ranger yang sebelum ini memenangi pelbagai anugerah telah menerima pingat Emas untuk kategori ‘Pick-Up Truck of the Year’ secara dua tahun berturut-turut. Papan nama Ranger telah terkenal dengan Ranger Raptor yang merupakan satu-satunya trak pikap berprestasi tinggi yang pertama dan Ranger Wildtrak untuk teknologi keselamatan yang terkemuka.

Ford Mustang yang ikonik – kereta sport paling laris di dunia pada tahun 2020 dan coupe sport paling laris untuk lima tahun berturut-turut juga menerima pingat Emas bagi kategori ‘Aspirational Car of the Year’ bagi tahun kedua.

“Kami berbesar hati kerana mendapat undian terbanyak untuk kedua-dua kategori ini daripada rakyat Malaysia. Undian ini membolehkan kami menerima pingat Emas untuk dua tahun berturut-turut bagi model Ford Ranger dan Mustang. Ranger terus dan kekal menjadi trak pikap pilihan dalam kalangan pengguna di seluruh negara. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan atas sokongan mereka selama ini,” kata Turse Zuhair, Pengarah Jualan, Sime Darby Auto ConneXion.

Pencalonan untuk Anugerah Pilihan Ramai & Editor Carlist.my 2020 diambil daripada populariti sesebuah jenama berdasarkan kepada kekerapan ia disebut dan data pembelian kenderaan sepanjang tahun. Setiap kategori diwakili oleh tiga model terbaik dan pengguna boleh memberikan undian masing-masing. Bagi Anugerah Pilihan Editor, penulis dan editor menilai kereta berkenaan berdasarkan kepada pelbagai aspek, sebelum mengira skor keseluruhan dan menentukan pemenangnya. Proses undian direkod dan diteliti dengan rapi oleh pasukan juruaudit dalaman Carlist bagi memastikan ketepatan data serta penilaian yang adil.

Untuk senarai anugerah dan akreditasi, sila layari laman web: www.sdacford.com.my/bm/mengenai-ford-di-malaysia/maklumat-korporat/ford-awards

Select Language
Ikuti Ford Malaysia
© Sime Darby Auto ConneXion Sdn Bhd
Talian Jualan Ford Kini Di WhatsApp

Talian jualan kami kini beroperasi di WhatsApp dari Isnin ke Jumaat, 10AM sehingga 7PM & Sabtu 10AM sehingga 2PM (tidak termasuk cuti umum).

Untuk pertanyaan mengenai Selepas Jualan / Alat Ganti / Waranti, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di 1300 38 3181, Isnin - Jumaat, 9AM sehingga 5PM (tidak termasuk cuti umum) atau emel customercare.sdac@simedarby.com.

Tekan butang di bawah untuk memulakan pertanyaan anda.

We're currently undergoing maintenance. Please key in a password to access the website.
Ooops!
Generic Popup