Ford bakal hasilkan 50,000 alat ventilator di Michigan dalam masa 100 hari; akan berganding dengan GE Healthcare untuk membantu pesakit Coronavirus
  • Ford, dengan kolaborasi GE Heatlhcare akan menghasilkan alat ventilator di Michigan. Alat itu menggunakan rekabentuk dari Airon Corp dan telah diluluskan oleh FDA.
  • Kerjasama penuh antara Ford dan GE Heatlhcare itu mendapat sokongan padu dari UAW dan pengeluaran alat ventilator GE/Airon Model A-E itu disasarkan akan bermula pada 20 April di kilang komponen Ford di Rawsonville, Michigan.
  • Ford menjangka akan menghasilkan 50,000 alat ventilator dalam masa 100 hari lagi, dan selepas itu mampu mengeluarkan sebanyak 30,000 unit sebulan seperti yang diperlukan.
  • Rekabentuk alat ventilator yang diringkaskan itu dilesenkan oleh GE Healhtcare dari syarikat Airon Corp yang berpengkalan di Florida. Ia adalah respon kepada keperluan kepada kebanyakan pesakit COVID-19 dan berfungsi menggunakan tekanan udara tanpa memerlukan tenaga elektrik.
  • Inisiatif pantas dan unik ini adalah tambahan kepada program yang telah diumumkan sebelum ini oleh Ford dan GE Healthcare untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran alat ventilator GE Healthcare yang sedia ada.

DEARBORN, Michigan 27 Mac 2020 - Ford Motor Company dengan kerjasama GE Healthcare, hari ini mengumumkan bahawa mereka akan mula mengeluarkan ventilator di Michigan dengan sasaran menghasilkan sebanyak 50,000 unit alat yang amat diperlukan itu dalam masa 100 hari dan seterusnya 30,000 unit sebulan seperti yang diperlukan.

Ford akan menyediakan keupayaan pengilangan untuk memenuhi pengeluaran dengan kadar segera, dan GE akan menyediakan kepakaran klinikal dan akan melesenkann rekebantuk ventilator dari Airon Corp – syarikat kecil milik persendirian yang mengkhususkan kepada produk sokongan hayat pneumatik berteknologi tinggi. GE Healthcare yang memperkenalkan rekabentuk ventilator Airon Corp ini kepada Ford sebagai usaha kedua-dua syarikat untuk menghasilkan ventilator dengan dengan kadar yang pantas untuk membantu pakar-pakar perubatan merawat pesakit COVID-19.

Model ventilator A-E GE/Airon ini merupakan rekaan yang berfungsi menggunakan tekanan udara tanpa memerlukan tenaga elektrik, menangani keperluan kebanyakan pesakit COVID-19. Ia dapat dikeluarkan dengan kadar yang pantas bagi memenuhi permintaan yang meningkat di Amerika Syarikat.

“Pasukan Ford dan GE Healthcare yang berkerja dengan kreatif tanpa mengira penat lelah, telah menemui kaedah untuk mengeluarkan ventilator yang sangat mustahak ini dengan pantas dalam jumlah yang banyak” kata Jim Hackett, Presiden dan CEO Ford. Dengan penghasilan ventilator di Michigan hasil kerjasama erat bersama UAW ini, kami dapat membantu kakitangan kesihatan menyelamatkan nyawa, dan ini merupakan keutamaan kami.

Menurut Peter Navarro Penyelaras Akta Pengeluaran Pertahanan Rumah Putih, “pasukan Ford/ GE Healthcare mendapat keutamaan di dalam pentadbiran Trump bagi memastikan pengeluaran ventilator yang begitu diperlukan oleh barisan hadapan di dalam memerangi wabak coronavirus. Seperti yang telah dilakukan oleh Ford seabad yang lalu semasa Perang Dunia Kedua dengan menukar pengeluaran kenderaan kepada pengeluaran kereta kebal, Ford kini dengan kerjasama GE Healthcare mempergunakan kejuruteraan canggih dan keupayaan pengeluarannya untuk bersama-sama menyumbang membantu negara menangani masalah yang begitu berat ketika ini. Kami kagum dengan usaha tersebut dan tidak sabar untuk melihat ventilator sulung yang bakal dihasilkan di kilang Michigan ini sedikit masa lagi – dan kami menunggu untuk memberi penghormatan atas pencapaian tersebut.

Ford terlebih dahulu akan menghantar pasukannya untuk bekerjasama dengan Airon bagi meningkatkan pengeluaran di Florida, dan pengeluaran di kilang komponen Rawsonville Ford di Ypsilanti, Michigan akan bermula selewat-lewatnya dalam minggu 20 April, dengan meningkatkan pengeluaran sepenuhnya bagi memenuhi permintaan yang begitu mendadak.

Ford menjangka akan mengeluarkan 1,500 unit pada penghujung April, 12,000 unit pada penghujung Mei dan 50,000 selewat-lewatnya pada 4 Julai – bagi membantu usaha kerajaan A.S mencapai sasaran untuk mengeluarkan 100,000 unit ventilator dalam masa 100 hari.

Kilang Rawsonville Ford akan menghasilkan ventilator menggunakan 500 sukarelawan berbayar terdiri dari kakitangan UAW yang bekerja hampir sepenuh masa dalam tiga kitaran waktu kerja. Ketika ini Airon mengeluarkan tiga unit ventilator Model A Airon pNeutron sehari di Melbourne, Fla. Apabila beroperasi sepenuhnya nanti, Ford merancang untuk mengeluarkan 7,200 unit ventilator Model A-E paten Airon, seminggu.

“Bermula dari Rosie the Riveter, kakitangan UAW dari dahulu sentiasa bersama-sama membantu negara menghadapi waktu-waktu sukar demi kebaikan bersama,” ujar Rory Gamble, Presiden UAW International.” Pengumuman Ford pada hari ini berkenaan kakitangan UAW yang akan menghasilkan ventilator di Rawsonville memang sejajar dengan tradisinya. Kami berkerjasama erat dengan Ford dalam memastikan agar semua garis panduan CDC dipatuhi dan kami mengamalkan pengawasan penuh di dalam kilang. Ford dan kakitangan UAW kami sewajarnya diberikan pujian kerana bertindak pantas pada ketika yang sangat tidak menentu ini.

Model ventilator paten dari Airon ini merupakan kolaborasi ventilator kedua bagi Ford-GE Healthcare. Minggu lalu, Ford dan GE Healthcare mengumumkan usaha mengeluarkan ventilator ringkas rekabentuk dari GE Healthcare. Gandingan bekalan ventilator yang dihasilkan ini akan membantu menangani permintaan ventilator yang amat mendadak di seluruh A.S dalam memerangi COVID-19, setiap satunya bersesuaian untuk memenuhi tempoh masa, jumlah pengeluaran dan keperluan rawatan pesakit.

Kami memuji usaha yang dibuat oleh Ford dalam meminjamkan keupayaan pengeluaran kilangnya agar ventilator Model A-E milik Airon ini dapat dikeluarkan dengan kadar yang pantas dan seterusnya membantu kakitangan perubatan menangani COVID-19,” kata Kieran Murphy, Presiden dan CEO GE Healthcare. Pemahaman kami yang mendalam tentang industri penjagaan kesihatan disertai kepakaran jaringan bekalan dan pengeluaran yang dimiliki oleh Ford akan membantu memenuhi permintaan peralatan perubatan yang di luar jangkaan ini. Kami begitu bersemangat melihat syarikat-syarikat yang bersama-sama menggembleng usaha dengan inovatif bagi mengatasi cabaran ketika ini.

GE Healthcare dan Ford berunding terlebih dahulu dengan pakar perubatan bagi memastikan model ventilator A-E oleh Airon ini benar-benar sesuai digunakan untuk penjagaan pesakit COVID-19. Rekabentuk ini djjangka sesuai untuk memenuhi keperluan pesakit COVID-19 yang mengalami kegagalan sistem pernafasan dan kesulitan untuk bernafas. Ventilator ini direka agar ringkas dipasang bagi memudahkan kakitangan perubatan menggunakannya – dan boleh diletakkan di bilik kecemasan, semasa prosedur khusus dan juga boleh diletakkan di unit rawatan khas, pendek kata sesuai di mana juga pesakit berada.

Ford dengan syarikat-syarikat yang berkerjasama akan memberikan maklumat tentang perkembangan projek khas ini.

Select Language
Ooops!
Generic Popup