Ford Ranger Terpilih Sebagai Trak Pikap Terbaik Malaysia 2019 di Frost & Sullivan Best Practices Awards
KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Jun 2019 – Ford Ranger telah dinobatkan sebagai Trak Pikap Terbaik 2019, di Frost & Sullivan Best Practices Awards (Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan) yang diadakan baru-baru ini.

Berdasarkan prestasi keseluruhan yang kukuh, Sime Darby Auto ConneXion, pengedar tunggal Ford di Malaysia berjaya mengatasi para pencabar yang lain berdasarkan beberapa kriteria yang disyaratkan untuk pemilihan penerima Anugerah tersebut iaitu peningkatan, pegangan saham, strategi pemasaran, nilai jualan dan kelebihan utama saingan.

“Kami merasa begitu berbesar hati menerima pengiktirafan yang amat berprestij ini daripada Frost & Sullivan. Anugerah ini merupakan manifestasi dari ramai individu termasuk kakitangan kami, para pelanggan dan pelabur yang saban hari memilih untuk meletakkan kepercayaan kepada organisasi kami dan memberi sumbangan yang begitu bermakna untuk masa hadapan jenama tersebut,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

“Ranger telah sering kali membuktikan bahawa ia sememangnya merupakan tanda aras industri bagi segmen trak pikap. Peningkatan kecekapan, penyempurnaan dan pelbagai inovasi teknologi terbaharu membantu meluaskan lagi daya tarikan Ranger di Malaysia,” tambah beliau lagi.

Anugerah Frost & Sullivan ini merupakan pengiktirafan terbaharu selepas meraih beberapa anugerah besar yang lain sebelum ini.

Kemenangan sebelum ini termasuklah Trak Pikap Terbaik Malaysia Tahun 2019 oleh Cars of Malaysia Awards, Trak Pikap Terbaik oleh DSF.my Allianz Vehicle of the Year (VOTY) Award 2019 (VOTY), Trak Pikap Terbaik Tahun 2018 oleh Malaysia Car Of The Year (COTY), Anugerah Emas untuk Pikap Terbaik 2018 bagi People’s Choice Awards dan Editor’s Choice Award daripada Carlist.my, serta Trak Pikap Terbaik Pilihan Editor 2018 daripada TopGear Chinese.

Frost & Sullivan Best Practices Awards telah mengenalpasti dan mengiktiraf syarikat-syarikat terbaik yang mempamerkan kecemerlangan di dalam industri masing-masing. Para penerima anugerah dikenalpasti berdasarkan temubual yang terperinci, analisis, dan kajian meluas peringkat kedua yang dijalankan oleh para penganalisa Frost & Sullivan.

Select Language
Ooops!
Generic Popup