Program Driving Skills for Life Ford Kini di Sabah Buat Julung Kali, Pendaftaran Dibuka Sekarang
  • Inisiatif yang dibuat secara percuma ini bertujuan untuk meningkatkan amalan pemanduan berhemah di kalangan pemandu Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada program global Driving Skills for Life (DSFL).

  • Dijadualkan pada 16 dan 17 November 2019, pendaftaran kini dibuka kepada para peserta yang berninat - daftar di Ford Kota Kinabalu, Sime Darby Auto ConneXion.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 04 Oktober 2019 - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia hari ini mengumumkan bahawa buat julung kalinya program global Driving Skills for Life (DSFL) Ford akan berkunjung ke Sabah.

Program DSFL yang dianjurkan secara percuma ini bertujuan untuk mendidik pemandu tentang kemahiran yang diperlukan dalam amalan pemanduan berhemah, melangkaui program pembelajaran pemanduan standard. Dijalankan melalui latihan amali dan bengkel praktikal bersama jurulatih pemanduan, bengkel separuh hari di dalam dua bahagian ini merangkumi kursus teori yang diadakan di bilik pameran Ford Kota Kinabalu manakala kursus praktikal pemanduan pula akan dijalankan di Stadium Likas.

Terbuka kepada semua pemandu Malaysia yang memiliki lesen memandu yang sah, setiap sesi separuh hari ini mempunyai had kapasiti seramai 30 peserta yang akan dilatih cara pemanduan trak pikap yang selamat menggunakan model-model berdasarkan Ford Ranger.

Mereka yang berminat untuk turut serta digalakkan hadir ke bilik pameran Ford Kota Kinabalu bagi mengesahkan penyertaan kerana tempat adalah terhad. Mereka juga boleh menghubungi nombor telefon 088-425 355 untuk maklumat lanjut.

Berikut adalah waktu sesi-sesi yang ditawarkan:

16 November 2019 (Sabtu)
Sesi pagi: 8.30am - 1.00pm (30 orang)
Sesi petang: 1.00pm - 6.00pm (30 orang)
17 November 2019 (Ahad)
Sesi pagi: 8.30am - 1.00pm (30 orang)
Sesi petang: 1.00pm - 6.00pm (30 orang)
Select Language
Ooops!
Generic Popup