Sukarelawan Ford di Malaysia Eratkan Masyarakat di sepanjang Bulan Prihatin Sejagat Ford
  • Sukarelawan Ford di Malaysia adalah di antara ribuan yang menyumbang dalam memberi kehidupan lebih baik kepada insan lain di enam benua untuk Bulan Prihatin Sejagat Ford pada September.

  • Di Malaysia, lebih daripada 30 sukarelawan Sime Darby Auto ConneXion-Ford melawat Rumah Jagaan Sincere Care dan membantu membersih rumah jagaan warga emas tersebut dan meninggalkan kenangan manis kepada penghuni di sana melalui pelbagai aktiviti yang menghiburkan.

  • Dana Ford Motor Company – badan dermawan di bawah Ford Motor Company akan menyumbang lebih daripada $675,000 untuk membeli peralatan dan barang bekalan untuk projek sukarela.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 September 2019 - Ford Motor Company memulakan Bulan Prihatin Sejagat untuk tahun ke-14 pada bulan September ini dengan ribuan kakitangan Ford di seluruh dunia terlibat di dalam projek komuniti bagi memberikan impak positif di dalam hidup insan lain.

Di Malaysia, Ford bersama-sama pengedar tunggalnya, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), menganjurkan aktiviti sehari bersama warga emas di Rumah Jagaan Sincere Care bagi membantu memperbaiki keadaan kehidupan mereka di samping memberikan mereka sokongan emosi. Semasa lawatan sehari tersebut, para sukarelawan membantu membersihkan kawasan dan menyediakan makanan di samping menghiburkan penghuni di sana. Selain daripada juadah dan permainan, sudut spa turut disediakan lengkap dengan khidmat penjagaan kuku, muka dan khidmat dandanan rambut yang disediakan oleh sukarelawan yang berkebolehan untuk para penghuni.

Rumah Jagaan Sincere Care adalah tempat yang dikhaskan untuk menjaga warga emas yang dijumpai bergelandangan, dihantar oleh kaum keluarga yang kurang berkemampuan dan dirujuk oleh pihak hospital. Bagi mengurangkan beban kewangan untuk operasi hariannya, para sukarelawan turun menghulurkan derma berbentuk barangan dan wang tunai.

“Program Bulan Prihatin Sejagat Ford merupakan platform yang sangat baik dan kami berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripadanya. Setiap tahun kami dapat menyumbang terhadap pelbagai keperluan dan mengubah kehidupan insan lain. Bersama Ford, kami komited untuk memperbaiki kualiti hidup masyarakat di sekeliling kami,” kata Syed Ahmad Muzri bin Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Bulan Prihatin Sejagat Ford merupakan acara tahunan tersohor bagi Pasukan Sukarelawan Ford. Semenjak dilancarkan pada tahun 2005 oleh Pengerusi Eksekutif Bill Ford, ahli Pasukan Sukarelawan Ford telah menyumbang lebih daripada 1.5 juta jam untuk khidmat masyarakat di 50 buah negara dan mewakili lebih daripada $40 juta pelaburan komuniti bukan berbentuk kewangan. Pada bulan September, pasukan ini akan mengendalikan ratusan projek di bandar-bandar dan kampung-kampung di enam benua. Dana Ford telah menyumbang lebih daripada $675,000 berbentuk geran untuk membeli peralatan dan barang bekalan untuk banyak projek-projek sukarela global.

Selain daripada aktiviti-aktiviti sukarelawan di Malaysia, Bulan Prihatin Sejagat Ford termasuk:

  • Australia – Mengecat dan berkebun di rumah warga emas, membaiki ruang makan kem kanak-kanak gelandangan
  • Brazil – Mengadakan bengkel ibu untuk wanita-wanita yang kurang stabil untuk menjana pendapatan sebagai tukang jahit
  • China – Kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah membuat model-model kereta, dan meluangkan masa seharian bersama-sama sukarelawan Ford
  • Germany – Mengubahsuai rumah perlindungan untuk pelarian
  • India – Memperkasa wanita teraniaya dengan memberi latihan menjahit dan rekaan pakaian
  • Mexico – Membina semula ruang makan, membaiki padang permainan di rumah perlindungan kanak-kanak
  • Romania – Menghias ruang permainan, menambah katil-katil baharu di bahagian onkologi kanak-kanak
  • South Africa – Mengubahsuai tempat perlindungan untuk wanita-wanita dan kanak-kanak mangsa penderaan
  • Spain – Menyedia sajian dan memberi beg tidur untuk gelandangan
  • Vanuatu – Memasang tangki air di sekolah, gereja dan pusat komuniti

“Sukarewalan Ford memperbaiki kemudahan untuk mendapatkan air bersih, memberi makanan kepada yang memerlukan, membina rumah, mengubahsuai sekolah dan menyediakan peluang untuk membantu memberi kehidupan yang lebih baik kepada insan sejagat,” kata Todd Nissen, Pengarah Pasukan Sukarelawan Ford. “Setiap sukarelawan Ford memberi sumbangan bermakna ke arah masyarakat yang lebih erat dan dunia yang lebih baik.”

Pasukan Sukarelawan Ford adalah rangkaian global kakitangan Ford yang mengetengahkan tenaga dan idea-idea kreatif kakitangan Ford untuk memberikan impak berpanjangan terhadap komuniti di sekeliling Ford.

  • Cabaran Dunia Yang Lebih Baik Bill Ford setiap tahun menyumbang sehingga $500,000 bagi menyokong projek-projek sukarela Ford yang memfokuskan kepada menyediakan kemudahan mendapatkan air bersih dan sanitasi yang lebih baik, kemudahan pengangkutan dan menyediakan keperluan-keperluan asas.
  • Para graduan program kepimpinan dermawan Ford’s Thirty Under 30 turut mempraktikkan pengetahuan mereka dengan memimpin kakitangan Ford yang lain dan membangunkan projek-projek transformasi dan bersaing untuk mendapatkan geran Cabaran Dunia Yang Lebih Baik Bill Ford.

Select Language
Ooops!
Generic Popup