Takluki Apa Jua Keadaan Dengan Ford Ranger - Dicipta Untuk Hadapi Dunia Sebenar, Diuji Sehingga Tahap paling Ekstrem.
  • Bawa pulang Ranger WildTrak sekarang dengan tawaran rebat tunai sehingga RM6,000 dan hadiah-hadiah tempahan eksklusif semasa ‘Ford Truck Month’
  • Meraikan 100 tahun trak terlaris di dunia dalam industri automotif
  • Trak pikap yang paling berkebolehan di Malaysia dilengkapi dengan ciri-ciri pintar dan keselamatan yang dibina untuk dunia sebenar dan diuji sehingga ke tahap ekstrem

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Ogos, 2017 - Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, berasa teruja untuk melancarkan ‘Ford Truck Month’ dengan penjimatan hebat, tawaran tiada tandingan dan pelbagai aktiviti menarik! Inilah masa terbaik untuk menjadi pemilik trak paling laris di dunia - Ford Ranger.

Mulai sekarang sehingga 31 Oktober, SDAC menawarkan tawaran rebat tunai eksklusif bernilai RM6,000 berserta hadiah-hadiah tempahan menarik (empat pasang baju t-shirt ‘Built Ford Tough’) apabila para pelanggan menempah Ford Ranger WildTrak dari pengedar-pengedar sah di seluruh negara.

Di samping tawaran tersebut, sekumpulan Rangers akan membuat penampilan di Sabah dan Sarawak pada bulan ini. Para pengunjung bukan sahaja dapat melihat trak-trak tersebut di City One Megamall, Kuching dari 5-6 Ogos dan di Imago KK Times Square, Kota Kinabalu dari 26-27 Ogos, malahan boleh mengambil bahagian dalam ujipandu Ranger merentasi halangan!

100 tahun Ford
Tahun ini juga merupakan ulangtahun trak Ford yang ke-100 semenjak ia mula mengukir nama dalam sejarah industri automotif pada 29 Julai, 1917 sebagai trak pikap paling iconik.

“Ini merupakan ujian masa yang paling menakjubkan bagi trak-trak Ford dengan keraian ciri-ciri kepimpinan, inovasi, keupayaan dan ketahanan seabad lamanya, kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto Connexion, dan beliau menambah bahawa SDAC amat berbangga dan berbesar hati untuk menjadi sebahagian dari sambutan 100-tahun trak Ford.

“Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan mengambil peluang ini untuk membuat pilihan yang bijak dan menempah trak hebat ini,” katanya.

Dibina Berkebolehan & Diuji Sehingga Ke Tahap Ekstrem
Teknologi canggih Ranger menawarkan penyelesaian kepada cabaran seharian yang menjadikannya berbeza dari trak-trak pikap tradisional. Sebagai bukti, Ranger telah melangkaui sempadan dengan mempamerkan ketahanannya menyambut cabaran ujian ekstrem dalam siri video ‘Science of Trucks’ di saluran YouTube Ford Malaysia atau menerusi https://www.sdacford.com.my/models/trucks-vans/ranger/overview.

“Ranger mampu menangani apa sahaja cabaran yang dihadapinya dengan pelbagai jenis teknologi pintar yang dimilikinya. Ranger masa kini dibina berlandaskan kekuatan yang disanjung para pelanggan setia kami, tetapi pada tahap yang jauh berbeza,” tambah beliau.

Video-video tersebut merakamkan kebolehan menunda, kekuatan rangka dan casis Ranger yang diuji dengan beban seberat 600 kg yang diputar pada daya graviti sebanyak 4.75G. Ciri-ciri Kawalan Muatan Adaptif, Kawalan Kestabilan Elektronik dan Susutan Olengan pula diuji dengan menjatuhkan batu-batu bata dan sebuah ATV ke atas ruang belakang sebuah Ranger yang sedang bergerak.

Teknologi pintar seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (Electronic Stability Control, ESC) dengan Kawalan Cengkaman (Traction Control) membantu Ranger mengawal kekurangan atau kelebihan pengemudian dengan membetulkan garisan memandu menerusi gabungan penggunaan brek pada roda yang berkenaan dan pengurangan tork enjin. Kawalan Muatan Adaptif (Adaptive Load Control), yang mengambil kira keadaan muatan kenderaan dan ESC, kemudian diaktifkan.

Selain ciri-ciri tersebut, terdapat juga sistem Susutan Olengan (Rollover Mitigation) untuk mengenal pasti situasi memandu berbahaya dan mengaktifkan ESC untuk memulihkan stabiliti. Kawalan Pecutan Bukit (Hill Launch Assist) dan Kawalan Menuruni Bukit (Hill Descend Assist) pula membantu untuk memecut pada jalanan curam dan mengawal pemanduan menuruni bukit dengan mudah.

Dibina Pintar
Varian WildTrak yang berprestasi tinggi didatangkan dengan ciri SYNC™ 3, sistem sambungan dalam-kereta terbaru Ford yang merangkumi skrin sentuh warna lapan-inci untuk mengendalikan telefon, hiburan dan kawalan suhu menggunakan sistem arahan suara yang ringkas. Sistem tersebut kini menyokong Android AutoTM dan Apple CarPlay.

Dibina Selamat
Varian Ranger WildTrak menampilkan ciri Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control), sebuah ciri pintar yang menggunakan sensor radar untuk mengesan trafik di hadapan, dan melaraskan kelajuan kawalan pemanduan secara automatik untuk mengekalkan jarak yang selamat dari kereta di hadapan. Sistem Amaran Pelanggaran (Collision Warning System) mengesan potensi pelanggaran di hadapan dan memaparkan isyarat amaran merah di cermin depan sambil mencaj brek anda agar anda dapat berhenti dengan segera.

Ciri-ciri pintar dan keselamatan Ranger telah menerima penarafan keselamatan 5-bintang dari NCAP.

Dibina Berkuasa Tinggi
Untuk kuasa dan tork maksima ketika penundaan muatan berat, Ranger dilengkapi enjin diesel TDCi Duratorq lima-silinder 3.2-liter yang mampu mengeluarkan kuasa sebanyak 147 kW dan tork sebanyak 470 Nm.


Ciri-ciri pintar dan keselamatan lain yang terdapat merentasi semua varian termasuk:

  • Bantuan Laluan Susur  
  • Amaran Lencongan Laluan  
  • Had Kelajuan Boleh Laras  
  • Kawalan Ayunan Treler  
  • Pengemudian Kuasa Elektronik  
  • Enam beg udara (WildTrak)  
  • MyKey™ 


Tawaran Tiada Tandingan
Kunjungi bilik pameran Ford berdekatan anda dan nikmati penjimatan hebat ketika ‘Ford Truck Month’, mulai sekarang sehingga 31 Oktober dengan tawaran rebat tunai terhad sehingga RM6,000 dan hadiah-hadiah tempahan eksklusif bagi setiap tempahan Ford Ranger sementara stok masih ada. 


Ranger didatangkan dalam enam warna, termasuk Pride Orange, Aluminium Metallic, Aurora Blue, Cool White, Metropolitan grey dan Black Mica, sementara Jet Black turut boleh didapati sementara stok masih ada. 

  

Select Language
Ooops!
Generic Popup