Kunjungi Ford di Pameran Pandu, Uji & Beli Carlist.my MAA 2017
Petaling Jaya, Malaysia, 11 Mei 2017 – Berminat untuk pandu uji kenderaan Ford tetapi tidak berpeluang melakukannya sebelum ini? Ini merupakan peluang terbaik anda! Pengunjung ke ruang pameran Ford di Pameran Pandu, Uji & Beli Carlist.my MAA 2017 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City pada 13-14 Mei 2017, akan berpeluang untuk melihat, merasa dan memandu uji beberapa kenderaan terpilih Ford, pada acara selama dua hari itu.

Ruang pameran Ford, terletak di Dewan Utama (A001), bersebelahan dengan pintu masuk utama. Ia akan mempamer kenderaan ikonik Ford iaitu trak pickup siri Ranger yang lasak, gagah dan pintar – Ford Rangers Wildtrak, Ford Ranger XLT dan Ford Ranger FX4 yang terbaharu.

Pengunjung juga akan kagum dengan pemanduan menyeronokkan terutama dengan kereta Ford mesra alam segmen-B, dengan enjin tiga-silinder yang telah memenangi pelbagai anugerah iaitu Ford Fiesta 1.0L EcoBoost, dan kenderaan sedan sports Ford Focus Sport, dengan teknologinya yang terkini.

Dan bukan itu sahaja! Pelbagai susunan aktiviti menanti pengunjung di ruang pameran Ford dengan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi.

Pelanggan juga bakal menikmati diskaun serta-merta dan menerima cenderahati dengan setiap tempahan kenderaan Ford semasa pameran ini berlangsung, termasuk baucar tunai untuk barangan elektrik bernilai sehingga RM15,000 apabila mereka memandu pulang kenderaan baharu mereka! Pengunjung juga berpeluang membawa pulang bekas makanan dua tingkat edisi terhad, sementara stok masih ada.

Ruang pameran Ford akan dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam dan peluang terakhir untuk pandu uji adalah pada pukul 7 malam pada kedua-dua hari tersebut. Kenderaan pandu uji untuk model-model terpilih akan dilakukan di lokasi pandu uji on-road dan off-road di luar Dewan Utama.
Select Language
Ooops!
Generic Popup