iCar Asia People's Choice Awards 2017

  • Sime Darby Auto Connexion mengumumkan kemenangan iCar Asia People’s Choice Awards 2017 buat Ranger dan Mustang
  • Ford Ranger yang ikonik merangkul anugerah ‘Trak Pikap Terbaik Tahunan’
  • Ford Mustang yang penuh legenda menewaskan dua kenderaan lain untuk anugerah ‘Kereta Prestasi Terbaik Tahunan’

Petaling Jaya, Malaysia, 30 November 2017 - Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia dengan gembiranya mengumumkan kemenangan berganda di iCar Asia People’s Choice Awards 2017, bagi model ikonik berbilang anugerah Ford Ranger dan kereta sejati Amerika Ford Mustang masing-masing sebagai ‘Trak Pikap Terbaik Tahunan’ dan ‘Kereta Prestasi Terbaik Tahunan’!

Digelar sebagai Oscars buat industri automotif, iCar Asia People’s Choice Awards 2017 menganugerahkan penghargaan tertinggi buat yang terbaik dari di dalam industri automotif.

“Kami sangat berbesar hati bahawa kedua-dua kenderaan kami jelas merupakan kegemaran ramai yang telah menambat hati rakyat Malaysia seluruh negara,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto Connexion. “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia untuk undian dan sokongan mereka terhadap jenama kami, sambil kami meneruskan usaha untuk berhubung bersama para peminat kami bagi langkah seterusnya.”

Ford Ranger terkenal dengan ciri-ciri keselamatan dan teknologi pintarnya yang tiada tandingan, direka untuk menempuhi apa jua cabaran yang dihadapinya, terutamanya dengan ciri-ciri muatan terbaik dalam kelas, panduan merentasi badan-badan air dan keupayaan menundanya. Mustang yang dikenali sebagai legenda kenderaan pula meninggalkan kesan mendalam dan menawarkan pemanduan menyeronokkan dengan prestasi yang mendebarkan. Enjin V8 5.0 liternya menghasilkan kuasa sebanyak 416 PS dan tork sebanyak 530 Nm.

“iCar Asia People’s Choice Awards 2017 memberikan rakyat Malaysia peluang untuk menyuarakan pendapat mereka dan meluahkan perspektif dan persepsi kenderaan-kenderaan tersebut yang dilancarkan pada 2017, sama ada berdasarkan pengalaman mereka sendiri, harga, rekaan kenderaan ataupun apa yang dapat mereka perhatikan mengenai jenama-jenama dan model-model kenderaan yang terdapat di pasaran,” jelas Hamish Stone, Ketua Pegawai Eksekutif iCar Asia.



Select Language
Ooops!
Generic Popup