SDAC-Ford Jalin Ikatan Komuniti di Tahun Baru China melalui Majlis Amal Kelab A-FORCE 4x4
  • Ahli-ahli Kelab A-FORCE 4x4 meraikan Tahun Baru Cina bersama-sama penghuni Rumah Caring Kajang dengan menyerahkan sumbangan TV LED 32-inci daripada Sime Darby Auto ConneXion-Ford.
  • Usaha kelab ini selaras dengan hasrat ‘Go Further’ jenama Ford untuk menjadikan dunia yang lebih bermakna.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Februari 2020 - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, baru-baru ini menaja Majlis Amal Mega A-FORCE 4x4, yang diadakan sempena perayaan Tahun Baru Cina di Rumah Caring Kajang Selangor.

Sebagai sebahagian daripada tajaan, SDAC-Ford menyumbang sebuah TV LED 32-inci untuk menceriakan kehidupan penghuni-penghuni di rumah tersebut.

Selain daripada sumbangan oleh SDAC-Ford, kelab tersebut turut menyampaikan barangan makanan, barangan keperluan dan juga angpao kepada para penghuni. Mereka turut dihiburkan dengan tarian singa di dalam majlis tersebut.

“Ahli-ahli kelab dan akitiviti-aktiviti yang dilakukan sememangnya melambangkan cara hidup dan persona Ford Ranger, yang bukan sekadar menjalani aktiviti-akitiviti luar and perjumpaan ahli-ahli malahan memberi faedah kepada masyarakat. Para pemilik yang begitu bersemangat ini benar-benar melambangkan semangat Ford yang melangkah lebih jauh untuk menjadikan dunia ini lebih bermakna, dan kami begitu teruja untuk turut menyumbang di dalam usaha mereka yang berterusan,” kata Syed Ahmad Muzri bin Syed Faiz, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion.

Falsafah Go Further Ford merupakan penggerak utama di sebalik janji jenama Ford “We go further so you can”, Ia bukan sahaja menggerakkan inovasi jenama untuk produk dan perkhidmatan bagi memberikan kehidupan yang lebih baik kepada pelanggan, malahan melangkah lebih jauh untuk membolehkan inovasi itu dinikmati oleh semua. Ia juga mencerminkan komitmen syarikat untuk melangkah lebih jauh untuk berkhidmat kepada msyarakat dan dalam masa yang sama memberi galakan kepada para pelanggan, pengedar dan kakitangan untuk melakukan perkara yang sama.

Ketika ini Ford mempunyai video bersiri “Ford Everyday Heroes” untuk menzahirkan janji ‘Go Further’ yang menampilkan wira-wira ini melangkaui kebiasaaan untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih bermakna.

Rumah Caring Kajang ini merupakan organisasi bukan untung yang menjaga kebajikan mereka yang memerlukan dan pada masa ini menempatkan 32 orang warga tua yang berumur dalam lingkungan 50 sehingga 95 tahun, termasuk para penjaga. Sesiapa yang berminat untuk menyumbang atau menjadi sukarelawan di Rumah Kajang, anda boleh menghubungi Wendy Yap di talian 012-238 0043 atau 03-8737 7680. Untuk maklumat lanjut tentang tentang rumah tersebut, layari https://rumahcaring.wixsite.com/rumahcaringkajang.

Select Language
Ooops!
Generic Popup