SDAC- Ford Menyambut Tahun Tikus Logam 2020 Dengan Promosi Menarik Tahun Baru Cina
  • Promosi Tahun Baru Cina untuk Ford Ranger WildTrak dan Ranger Raptor –penyelenggaraan percuma dua tahun, Ang Pao bernilai RM2,000 dan payung Ford Performance percuma, Ranger WildTrak ada rebat tambahan RM3,000.
  • Promosi sah sehingga 31 Januari 2020 hanya untuk varian Ranger Raptor dan WildTrak.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 06 Januari 2020 - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan promosi jualan Tahun Baru Cina dengan tawaran-tawaran bernilai untuk Ranger Raptor dan Ranger WildTrak.

Sah sehingga 31 Januari 2020, para pelanggan yang membeli Ford Ranger WildTrak atau Ranger Raptor akan menikmati penyelengaraan percuma selama dua tahun atau 40,000km (yang mana terdahulu), Ang Pao bernilai RM2,000 dan Payung Golf Eksklusif Ford Performance. Ford Ranger WildTrak didatangkan dengan rebat tunai RM3,000 semasa tempoh promosi ini.

Sebagai Raja Trak Pikap, Ford Ranger menjadi penanda aras untuk segmen trak pikap. Ranger WildTrak premium dilengkapi dengan pelbagai teknologi keselamatan pintar terkini yang memberikan keupayaan ‘Built Ford Tough’ disertai dengan keselesaan dan serba boleh sebagai kenderaan penumpang.

Ranger Raptor – pikap berprestasi yang terunggul di Malaysia – dinadikan DNA Prestasi Ford dan melangkaui jangkaan dengan ciri-ciri canggih Terrain Management System, plet hentaman lebar untuk menahan impak kuat kerana laluan lasak, serta perendam hentak FOX Racing Shox.

Kedua-dua varian dan barisan Ranger yang lain, datang dengan waranti penuh oleh pengeluar untuk tiga tahun atau sehingga 100,000km, yang mana terdahulu.

Select Language
Ooops!
Generic Popup