SDAC-Ford Memperluaskan Pelaksanaan Tempahan Temujanji e-Servis Secara Masa Nyata
  • Para pelanggan kini boleh membuat dan mengesahkan tempahan temutemujanji secara masa nyata (real-time) pada bila-bila masa – di tujuh (7) Pusat Servis Ford di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

  • Melalui sistem dalam talian yang mudah dikendalikan, tempahan servis kenderaan boleh dilakukan satu (1) bulan lebih awal mengikut kesesuaian waktu para pelanggan..

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Julai 2020 - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia telah mengorak langkah lagi dalam memberikan kemudahan lebih mudah dan lancar melalui pendigitalan tempahan servis kenderaannya dengan mengembangkan lagi tempahan dalam taliannya agar mampu mengendali dan mengesahkan tempahan-tempahan servis secara masa nyata melalui laman web Ford.

Tempahan Temujanji e-Servis (e-Service Appointment booking) secara masa nyata sekarang ini terdapat di tujuh (7) Pusat Servis Ford yang berdaftar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – iaitu di Ford Ara Damansara, Ford Petaling Jaya 2, Ford Juru, Ford Butterworth, Ford Kuching, Ford Kota Kinabalu dan Ford Tawau.

“Pelaksanaan Tempahan Temujanji e-Servis (e-Service Appointment booking) secara masa nyata membolehkan para pelangggan mengetahui dengan kadar segera slot-slot yang ada untuk melakukan servis kenderaan di pusat servis yang mereka pilih. Memberikan kemudahan tambahan menunjukkan komitmen kami dalam memberikan pengalaman yang memudahkan dan berbentuk digital kepada para pelanggan kami, kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

“Dalam beberapa bulan lagi, kami berhasrat untuk memantapkan sepenuhnya Tempahan Temujanji e-Servis secara masa nyata ini meliputi lebih 40 rangkaian wakil pengedar kami di seluruh negara” tambah Muzri.

Menempah temujanji servis kenderaan dalam talian begitu mudah. Para pelanggan hanya perlu melayari www.sdacford.com.my dan pilih tab ‘Tempah Servis’ dan kemudian pilih model kenderaan, lokasi negeri mereka, dan seterusnya pilih pusat servis yang diingini yang terdapat dalam senarai ke bawah yang tersedia. Tarikh dan waktu untuk slot-slot yang ada akan dipaparkan, dan para pelanggan boleh membuat tempahan satu (1) bulan lebih awal.

Para pelanggan akan diminta untuk mengisi nama, butir-butir untuk dihubungi dan nombor pendaftaran kenderaan. Apabila telah lengkap, email pengesahan tempahan akan dihantar kepada pelanggan.

Selain daripada menempah temujanji servis secara dalam talian, para pelanggan juga boleh membuat temujanji dengan menghubungi Pusat Servis Ford.

Untuk menempah Temujanji e-Servis secara masa nyata untuk kenderaan Ford anda, sila klik di sini.

Select Language
Ooops!
Generic Popup