Ford Ranger 2.2L Wildtrak Menang Anugerah ‘Pick-up Truck of the Year’ di acara Malaysia COTY 2018
  • Ranger yang sudah memenangi pelbagai anugerah sekali lagi mengukuhkan posisinya dalam segmen trak pikap di Malaysia 
  • Menawarkan nilai wang yang terbaik dalam kategorinya, Ford Ranger hadir dengan kelasakan lebih pintar, bersama aspek keselesaan dan kehalusan buatan

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Disember 2018 – Ford Ranger 2.2L Wildtrak yang lebih lasak, pintar dan efisien telah dinamakan sebagai penerima anugerah trak terbaik ‘Pickup Truck of the Year (Kabin Berkembar)’ pada acara Malaysia Car of the Year (COTY) 2018. Ini sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Ranger dalam segmen trak pikap di Malaysia.

Dikendalikan oleh Institut Automotif, Robotik & IoT Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai Institut Automotif Malaysia), para pemenang anugerah dinilai berdasarkan kepada lima kriteria: reka bentuk luaran dan dalaman, spesifikasi teknikal dan inovasi kejuruteraan, ciri-ciri keselamatan, penjimatan tenaga, mesra alam dan nilai kepada wang secara keseluruhannya.

“Kami sangat berbesar hati kerana Ranger sekali lagi menerima pengiktirafan yang berprestij ini. Dengan aspek versatiliti, keselesaan, kecanggihan teknologi dan ciri, Ford Ranger telah membuktikan dirinya sebagai sebuah trak paling lasak dan pintar yang boleh diharapkan oleh pelanggan untuk membantu mereka mencapai lebih banyak lagi. Sama ada di tempat kerja atau ketika bersama keluarga,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Ranger 2.2L Wildtrak menawarkan kelasakan dengan keupayaan menunda sehinga 3,500kg, kemampuan mengharung air sehingga 800 yang mendahului kelasnya dan kapasiti mengangkut beban yang luar biasa. Pada masa sama didatangkan dengan tahap kehalusan buatan yang tidak pernah dilihat dalam segmen trak pikap.

Ranger terus menjadi model Ford paling laris di Malaysia. Ia juga merupakan trak pikap paling laku di pasaran. Dalam suku ketiga tahun 2018, jualan Ranger melonjak sebanyak 61 peratus apabila 2,245 unit berjaya dijual.

Select Language
Ooops!
Generic Popup