Ford Ranger Baharu Bakal Mendefinisikan Kembali Pasaran Trak Pikap dengan Pelbagai Teknologi dan Terulung dalam Kelasnya
  • Menampilkan enjin paling kecil dan berkuasa pada sebuah trak pikap, Ford Ranger baharu menawarkan maklum balas, prestasi lebih mantap dan penjimatan bahan api yang tiada tandingannya
  • Ford Ranger baharu padat dengan pelbagai teknologi bantuan pemandu dan terulung dalam kelasnya untuk memenuhi apa jua gaya hidup
  • Model kenderaan Berprestasi Ford yang pertama di Malaysia, Ranger Raptor akan dilancarkan pada November depan dalam acara Kuala Lumpur International Motor Show 2018

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Oktober 2018 – Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia hari ini mendedahkan lebih banyak perincian mengenai barisan model Ford Ranger baharu. Pelancaran pada hujung bulan ini akan melibatkan model Ranger Wildtrak, XL dan XLT. SDAC juga akan memperkenalkan rangkaian kenderaan Berprestasi Ford buat pertama kalinya, Ranger Raptor. Raptor dijangka diperkenalkan pada acara Kuala Lumpur International Motor Show 2018, November depan.

Ford Ranger baharu akan menampilkan pelbagai naik taraf, termasuklah enjin diesel generasi baru 2.0L Bi-turbo yang pertama dan terulung dalam kelasnya. Dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan, enjin itu dipasang pada model Ranger Raptor dan Wildtrak. Transmisi automatik 10-kelajuan itu juga digunakan pada varian Ranger Raptor, Wildtrak dan XLT+.

Semua penambahbaikan ini bermakna Ranger baharu akan memiliki enjin paling kecil dan berkuasa dalam pasaran trak pikap, bersama prestasi serta penjimatan bahan api yang luar biasa.

Berpegang kepada inspirasinya sebagai sebuah pikap untuk apa jua gaya hidup, Ranger baharu dilengkapi dengan lebih banyak teknologi pintar dan bantuan pemandu yang inovatif. Menjanjikan ciri-ciri yang terulung dalam kelasnya, antaranya adalah Parkir Selari Separa Automatik yang memastikan urusan parkir menjadi lebih mudah di laluan yang sempit di bandar.

Manakala sistem Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan Pengesan Kenderaan & Pejalan Kaki berfungsi mengesan pejalan kaki dan kenderaan sebelum memberi amaran kepada pemandu melalui isyarat bunyi. Jika pemandu gagal untuk memberi tindak balas, ia akan menekan brek secara automatik dan berhenti sepenuhnya.

Mengangkut dan mengeluarkan barang-barang kerja, atau bagasi percutian dan basikal akan menjadi lebih mudah melalui ciri Pengangkat Pintu But, terulung dalam kelasnya – ia melibatkan satu bar kilasan untuk membuatkan urusan mengangkat dan menurunkan pintu belakang menjadi lebih mudah.

Antara ciri terulung lain yang terdapat pada Ranger baharu ialah Amaran Pelanggaran Hadapan, Amaran & Bantuan Perubahan Laluan, dan Kawalan Jelajah Mudah Suai.

Daftar sekarang di sini.
Select Language
Ooops!
Generic Popup