Ford Ranger Baharu Dibina untuk Setiap Gaya Hidup, daripada Menempuh Laluan Lasak, Kehidupan di Bandar dan Lebih Lagi.
  • Rangkaian Ford Ranger baharu mengukuhkan lagi versatiliti Ranger sebagai sebuah trak pikap yang sesuai untuk apa jua gaya hidup 
  • Menampilkan pelbagai teknologi yang pertama dan satu-satunya dalam kelasnya, the Ford Ranger baharu menawarkan lebih prestasi, kecekapan, ciri serta keupayaan 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 03 Oktober 2018 – Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia mengumumkan bahawa Ford Ranger baharu bakal dilancarkan di negara ini dalam beberapa bulan akan datang. Rangkaian model baharu itu merangkumi Ranger XL, XLT, Wildtrak dan yang paling ditunggu-tunggu, Ranger Raptor. Buat pertama kalinya, SDAC juga akan memperkenalkan varian Ranger XLT+ ke pasaran Malaysia.

Dengan DNA ‘Built Ford Tough’ dan rangkaian varian baharu, pasti ada sebuah Ford Ranger yang mampu memenuhi keperluan dan gaya hidup setiap pelanggan. Ranger baharu kini padat dengan inovasi-inovasi terkini Ford dan bersedia untuk menakluk dunia menerusi pelbagai ciri yang pertama dan satu-satunya di dalam kelasnya, sesuatu yang tidak pernah diperkenalkan ke dalam sebuah trak pikap sebelum ini.

Zaman di mana trak pikap direka serta dibina hanya untuk menempuh laluan berlumpur dan sukar sudah lama berlalu. Selari dengan evolusi teknologi dan perubahan selera pengguna, DNA Ranger telah berubah untuk jadi lebih versatil, mewah serta tidak terlalu utilitarian. Pelbagai ciri ditambah ke dalam Ranger untuk meneroka hutan batu. Para pelanggan kini mempunyai pilihan untuk memiliki bukan sahaja sebuah trak yang sedia bagi tujuan komersial, malah kenderaan keluarga dan gaya hidup.

Di Malaysia, jumlah Ranger yang dibeli untuk memenuhi keperluan gaya hidup semakin bertambah. Terima kasih kepada pelbagai teknologi pintar yang disempurnakan lagi dengan ruang kabin yang bergaya dan direka seperti sebuah kereta. Model terlaris Ford di Malaysia telah ditambah baik dari luar dan dalam tanpa kompromi dari segi keselamatan dan keupayaan di laluan jalan lasak. Sekali gus menjadikan Ranger sebuah trak pikap yang lebih pintar, lasak dan berkuasa.

Klik Disini Untuk Mendaftar dan Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Ford Ranger Raptor.

Select Language
Ikuti Ford Malaysia
© Sime Darby Auto ConneXion Sdn Bhd
Talian Jualan Ford Kini Di WhatsApp

Talian jualan kami kini beroperasi di WhatsApp dari Isnin ke Jumaat, 10AM sehingga 7PM & Sabtu 10AM sehingga 2PM (tidak termasuk cuti umum).

Untuk pertanyaan mengenai Selepas Jualan / Alat Ganti / Waranti, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di 1300 38 3181, Isnin - Jumaat, 9AM sehingga 5PM (tidak termasuk cuti umum) atau emel customercare.sdac@simedarby.com.

Tekan butang di bawah untuk memulakan pertanyaan anda.

We're currently undergoing maintenance. Please key in a password to access the website.
Ooops!
Generic Popup