Ford Ranger FX4 Baharu Yang Pertama di Malaysia Dilancar Melalui Siaran Facebook dan YouTube Live
  • Trak pikap pertama di Malaysia yang dilancar serentak melalui demonstrasi produk di Facebook dan YouTube Live.
  • Ranger FX4 tampak lasak dan sarat dengan ciri-ciri unik termasuk rim hitam 18 -inci, gril jejaring hadapan Ebony Black serta pelekat sisi dan emblem FX4.
  • 150 pelanggan pertama akan menerima aksesori percuma bernilai RM5,398 termasuk filem penghadang haba eksekutif, bar sporti berwarna hitam dan perakam video digital.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 Jun 2020 - Ford Motor Company bersama Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia hari ini melancarkan Ford Ranger FX4 Baharu melalui siaran Facebook dan YouTube Live. Ford Ranger FX4 baharu ini merupakan pikap trak pertama di negara ini yang dilancar serentak melalui demonstrasi produk di Facebook dan YouTube Live.

Ford Ranger FX4 Baharu ini direka untuk para pelanggan yang mahukan trak dengan kepelbagaian, dan untuk mereka yang memandu trak mengharungi cabaran sambil memanfaatkan kemampuannya yang cemerlang dalam menarik dan membawa bebanan, kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion. “Ia sememangnya trak yang tiada tandingan untuk mereka yang sentiasa sukakan cabaran, dan adalah tambahan kepada sembilan varian kami di Malaysia bagi menguatkan lagi versatiliti Ranger sebagai kenderaan yang sesuai untuk semua gaya hidup.

“Melihat kepada situasi COVID-19 sekarang ini, pelancaran Ford Ranger FX4 secara dalam talian ini sesuai bagi memastikan pematuhan terhadap penjarakan sosial yang ditetapkan,” tambah Muzri. “Di era digital ini, ia selaras dengan strategi kami menginovasikan kaedah-kaedah dalam membawakan pengalaman baru kepada pelanggan secara maya. Kami begitu teruja menjadi jenama trak pikap pertama di negara ini yang melancarkan model baharu melalui dua platform digital.

Ciri Tersendiri FX4 Yang Mengagumkan
Ford Ranger FX4 ini memiliki ciri unik dengan rekabentuk gril jejaring baharu berwarna Ebony Black, ditambah rim hitam berkilat dengan tayar All-Terrain. Pelekat ‘FX4’ dan emblem yang begitu menonjol di bahagian luar ini menampakkan cirinya yang tersendiri berbanding varian Ranger yang lain.

Identiti FX4 terus jelas dilihat di ruangan kabin dengan logo FX4 dicetak timbul di tempat duduk yang diperbuat dari kulit. Ia memberikan kontras yang sepadan dengan jahitan kemasan berwarna merah di pemilih gear, konsol di tengah, panel instrument, kemasan pintu, brek tangan dan stereng Ranger FX4. Lapik karpet khusus FX4 antara sentuhan akhir yang mengekalkan ciri ruangan dalaman premium Ranger yang selesa umpama sebuah kereta.

Dibina lasak dan teguh
Ia direka untuk para pelanggan yang mahu menggabungkan kehidupan urban yang selesa dengan kegunaan lasak di hujung minggu. Ford Ranger FX4 baharu ini menampilkan enjin turbodiesel Duratorg 2.2L dengan transmisi automatik 6 kelajuan yang terbukti mampu memberikan tenaga sehingga 160 PS dan daya kilas setinggi 385Nm.


Ranger FX4 ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi pintar serta ciri-ciri keselamatan termasuk paparan skrin sentuh 8-inci , sistem multimedia SYNC® dengan Apple CarPlay dan Android Auto beserta kamera undur, sistem shift-on-the-fly 4x4 elektronik, bilah pengelap dengan pengesan hujan, sistem stereng berkuasa EPAS (Electric Power Assisted Steering) yang ringan dan lincah, lampu Daytime Running Lights (DRL) dan lampu hadapan untuk penglihatan lebih terang. Ia turut dilengkapi dengan dua beg udara, Limited Slip Differential , fungsi Kawalan Menuruni Bukit (Hill Descent Control), Bantuan Permulaan di Bukit (Hill Launch Assist), Sistem Cegah Brek Terkunci (ABS) dengan Bantuan Brek Kecemasan (EBA) dan Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak, Kawalan Stabiliti Elektronik dengan Kawalan Cengkaman, ‘Rollover Mitigation’, Kawalan Ayunan Treler dan Kawalan Adaptif untuk Beban.

Kelebihan untuk pelanggan Malaysia
Untuk meraikan pelancaran tersebut, 150 pelanggan pertama yang membeli Ford Ranger FX4 baharu ini akan menerima aksesori-aksesori berikut yang bernilai RM5,398 secara percuma:

  • Aksesori percuma termasuk bar sporti berwarna hitam kusam dan lapisan cermin penghadang haba eksekutif
  • Perakam Video Digital (DVR) percuma yang memberikan fungsi pintar dan selamat termasuk rakaman berdefinisi tinggi (HD), pandangan sudut lebar, rakaman waktu malam dan Mobile App yang disambung melalui Hotspot. Kad memori 8GB turut disertakan

Ford Ranger FX4 baharu ini berharga RM126,888 dari Semenanjung Malaysia (di atas jalan, tanpa insurans) dengan waranti penuh pengeluar selama 3 tahun atau sehingga 100,000km, yang mana-mana dahulu. Ia datang dengan tiga warna - Meteor Grey, Absolute Black dan Artic White.

Para pelanggan yang ingin membuat pertanyaan pembelian dan menjadi di antara 150 yang pertama bagi mendapatkan kesemua aksesori percuma ini boleh menghantar teks ke talian WhatsApp ‘Jurujual Digital Ford’ kami di +6019-204 1200 bermula jam 9 pagi - 4 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum. Melalui talian Whatsapp khusus ini pelanggan dapat dihubungkan terus kepada jurujual berdaftar Ford di agen pengedar yang terdekat. Ini membolehkan pelanggan melakukan transaksi mengikut keselesaan mereka dan membuat bayaran deposit di mana sahaja mereka berada.

Select Language
Ooops!
Generic Popup