Ford Rangkul Tiga Pengiktirafan Dalam Anugerah Carlist.my People’s & Editor’s Choice 2019
  • Sime Darby Auto ConneXion umum kemenangan Ford Ranger, Mustang dan Focus dalam Anugerah Carlist.my People’s & Editor’s Choice 2019.
  • Ford Ranger dan Mustang menang emas, Focus terima anugerah gangsa berdasarkan undian rakyat Malaysia.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 05 December 2019
 – Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, baru-baru ini menggondol tiga pengiktirafan sekaligus untuk Ford Ranger, Ford Mustang dan Ford Focus dalam Anugerah Carlist.my People’s & Editor’s Choice 2019.

“Kami begitu teruja apabila menerima satu lagi pingat Emas, kali ini untuk Ford Mustang, manakala Ranger terus kekal sebagai trak pikap pilihan para pengguna di seluruh negara. Kami ingin melahirkan rasa terima kasih kami kepada semua pelanggan atas sokongan yang diberikan dan kami akan terus meningkatkan pengalaman pemilikan Ford dengan pelbagai cara,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Ford Ranger, pemenang pelbagai anugerah terus menjadi pilihan rakyat Malaysia dengan mendapat anugerah Emas ‘Trak Pikap Terbaik’ untuk dua tahun berturut-turut.

Model ikonik Ford Mustang – kereta sport yang paling laris di dunia untuk tiga tahun berturut-turut – juga merangkul anugerah Emas sebagai ‘Kereta Aspirasi Terbaik’.

Ford Focus yang dinamik mendapat pingat Gangsa dalam kategori Hatchback Harga Pertengahan. (Mid Range Hatch)

Ooops!
Generic Popup