SDAC-Ford Umum Promosi Ganjaran Servis Untuk 2-hari Sahaja, Dapatkan Diskaun Untuk 3 Servis Berkala Dengan Hanya RM5 Saja
  • Dengan hanya RM5, pemilik kereta Ford terpilih berpeluang untuk jimat sehingga 30 peratus untuk kos servis selepas waranti bagi tiga (3) kali servis berkala apabila mereka membeli Baucar Ganjaran Servis di pusat servis berdaftar Ford.

  • Hanya 1,000 baucar diskaun Ganjaran Servis akan dijual dalam masa dua (2) hari – 1 dan 2 September 2020, sementara stok masih ada.

  • Penjimatan termasuk diskaun sehingga 30 peratus untuk minyak enjin, 10 peratus diskaun untuk alat ganti terpilih dan upah kerja serta pemeriksaan 27-poin secara percuma.

KUALA LUMPUR, Malaysia 28 Ogos 2020 - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, mengumumkan promosi Servis Berkala mereka di mana 1,000 baucar Ganjaran Servis akan dijual selama dua hari - 1 dan 2 September 2020.

Promosi Ganjaran Servis ini bertujuan untuk memberikan ganjaran kepada para pelanggan bagi mendapatkan potongan sehingga 30 peratus dengan pembelian baucar Ganjaran Servis yang bernilai hanya RM5 dan ia sah digunakan selama 18 bulan dari tarikh pembelian. Baucar Ganjaran Servis ini boleh dibeli di mana-mana pusat servis berdaftar dan sementara stok masih ada.

“Kami sentiasa mencari idea-idea baru untuk membantu para pelanggan kami dan memberi ganjaran di atas kesetiaan mereka. Dalam waktu yang tidak menentu ini, di mana masing-masing perlu meneruskan aktiviti harian mereka, kami berharap penjimatan ini dapat meringankan beban mereka dan pada masa yang sama dapat memastikan keselamatan pelanggan-pelanggan kami di jalan raya,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Penjimatan sehingga 30 peratus untuk tiga servis berkala
Dengan pembelian baucar “Ganjaran Servis” para pelanggan mendapat potongan 10 peratus bagi minyak enjin untuk servis pertama, 20 peratus bagi servis kenderaan kedua dan 30 peratus bagi servis ketiga.

Semasa ketiga-tiga servis berkala tersebut, pelanggan akan menikmati diskaun 10 peratus untuk penapis minyak pelincir, penapis bahan bakar dan bilah pengelap serta potongan 10 peratus untuk upah kerja. Hanya alat ganti tulen dari pengeluar digunakan untuk memastikan jaminan kualiti dan keyakinan para pelanggan.

Para pelanggan yang mempunyai baucar Ganjaran Servis juga boleh mengambil kesempatan mendapatkan pemeriksaan kenderaan 27-poin secara percuma yang dikendalikan oleh juruteknik Ford yang bertauliah bagi memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang terbaik.

Penebusan baucer itu sah di mana-mana pusat servis Ford berdaftar dan perlu dikepilkan setiap kali tiga servis berkala itu dilakukan.

Tempah servis berkala secara dalam talian
Pelanggan boleh menempah temujanji servis kenderaan dalam talian dengan melayari www.sdacford.com.my dan menekan butang ‘Book a Service’, memilih model kenderaan, pilih lokasi negeri dan memilih pusat servis yang dikehendaki daripada senarai ‘drop-down’. Pelanggan kemudiannya perlu lengkapkan butiran seperti nama, nombor telefon untuk dihubungi dan nombor pendaftaran kenderaan. Pengesahan temujanji akan dihantar melalui emel.

Sebagai tambahan, penempahan temu janji e-Service secara masa nyata kini terdapat di tujuh pusat servis Ford yang berdaftar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – iaitu di Ford Ara Damansara, Ford Petaling Jaya 2, Ford Juru, Ford Butterworth, Ford Kuching, Ford Kota Kinabalu dan Ford Tawau. Pelanggan digalakkan menempah servis berkala satu (1) bulan lebih awal.

Selain dari tempahan servis secara dalam talian, pelanggan juga boleh membuat tempahan dengan terus menghubungi pusat servis Ford yang berdaftar. 

Untuk menempah janji temu e-Servis untuk kenderaan Ford anda, sila klik di sini.

Select Language
Ikuti Ford Malaysia
© Sime Darby Auto ConneXion Sdn Bhd
Talian Jualan Ford Kini Di WhatsApp

Talian jualan kami kini beroperasi di WhatsApp dari Isnin ke Jumaat, 10AM sehingga 7PM & Sabtu 10AM sehingga 2PM (tidak termasuk cuti umum).

Untuk pertanyaan mengenai Selepas Jualan / Alat Ganti / Waranti, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di 1300 38 3181, Isnin - Jumaat, 9AM sehingga 5PM (tidak termasuk cuti umum) atau emel customercare.sdac@simedarby.com.

Tekan butang di bawah untuk memulakan pertanyaan anda.

We're currently undergoing maintenance. Please key in a password to access the website.
Ooops!
Generic Popup