SDAC-Ford Tawar Penjimatan Menarik dengan Rebat Tunai Sehingga RM6,000 untuk Ranger Raptor dan WildTrak
KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 Februari 2021 – Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia telah memperkenalkan penjimatan menarik untuk model Ranger Raptor and WildTrak terpilih* dengan rebat tunai sehingga RM6,000, sementara stok masih ada.

Bagi pelanggan yang inginkan perincian, Ranger WildTrak menawarkan pelbagai teknologi keselamatan pintar, seperti Brek Kecemasan Autonomi dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki, Amaran Pelanggaran Depan, Amaran dan Bantuan Keluar Laluan, Parkir Selari Separa Automotik, dan kesemuanya adalah ciri-ciri unggul untuk sebuah trak pikap.

Ranger Raptor pula dikuasakan dengan DNA Prestasi Ford yang melampaui jangkaan dan menjadi penanda aras baru sebagai sebuah trak pikap unggul berprestasi di Malaysia. Mutu prestasinya dizahirkan melalui sistem gantungan litar lumba Fox Racing Shox yang memberikan daya peredam hentak yang lebih tinggi bagi menangkis lambungan untuk memberikan keupayaan laluan lasak yang lebih baik.

Bagi menambah kehebatannya di laluan lasak, mod pra-tetapan Ranger Raptor bagi Sistem Pengurusan Mukabumi meliputi mod Baja, yang diinspirasikan dari Baja Desert Rally, yang menghasilkan prestasi laluan lasak dengan responsif ultra dan berkelajuan tinggi.

Pelanggan digalakkan membuat janji temu dengan agen pengedar Ford yang sah atau menghubungi pihak Jualan kami di talian WhatsApp +60 19-204 1200 untuk maklumat lanjut. Bertindak pantas kerana stok adalah terhad.


Select Language
Ikuti Ford Malaysia
© Sime Darby Auto ConneXion Sdn Bhd
Talian Jualan Ford Kini Di WhatsApp

Talian jualan kami kini beroperasi di WhatsApp dari Isnin ke Jumaat, 10AM sehingga 7PM & Sabtu 10AM sehingga 2PM (tidak termasuk cuti umum).

Untuk pertanyaan mengenai Selepas Jualan / Alat Ganti / Waranti, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di 1300 38 3181, Isnin - Jumaat, 9AM sehingga 5PM (tidak termasuk cuti umum) atau emel customercare.sdac@simedarby.com.

Tekan butang di bawah untuk memulakan pertanyaan anda.

We're currently undergoing maintenance. Please key in a password to access the website.
Ooops!
Generic Popup