Jualan Ford Ranger Meningkat 19 Peratus Pada 2018
  • Permintaan kukuh punca peningkatan 15 peratus pegangan saham Ranger di dalam segmen trak pikap - 1.4 peratus lebih tinggi dari sebelumnya.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 Januari 2019 – Permintaan kukuh peneraju segmen trak pikap Malaysia, Ford Ranger telah mendorong prestasi jualannya untuk 2018 melonjak naik sebanyak 19 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ranger telah meningkatkan lagi pegangannya di dalam segmen trak pikap untuk tahun 2018 kepada 15 peratus, tambahan sebanyak 1.4 peratus dari tahun sebelumnya.

"Sifat serba boleh dan kemampuan Ranger yang tiada tandingan itu menjadi pemacu kepada kejayaan dan juga daya penarik kepada para pelanggan", ujar Truong Kim Phong, Pengarah Urusan Ford Motor Company untuk Pasaran Baharu Muncul, Asia Pasifik.

"Built Ford Tough" Ranger mengakhiri tahun 2018 di tangga kedua carta jualan trak pikap paling laris dalam pasaran Malaysia kerana kebolehan pikap ini untuk menarik perhatian pengguna yang mahukan sebuah trak yang serba boleh untuk kerja dan gaya hidup aktif.

Tahun 2018 juga melihat Ranger terus menerima pengiktirafan dengan memenangi anugerah Trak Pikap Terbaik dari Malaysia Car Of The Year (COTY) dan juga dari DSF.my Allianz Vehicle Of The Year Awards (VOTY). Ranger juga meraih Anugerah Emas untuk ‘Pick-up Truck of the Year’ di “Carlist.my People’s Choice Awards & Editors’ Choice Award 2018”.

Untuk pasaran Malaysia, Ranger boleh didapati di dalam sembilan varian, termasuk Ranger Raptor yang direka khusus untuk pemanduan lasak dan kelajuan tinggi, Ranger Wildtrak dari siri premium, Ranger XLT+, XLT dan XL.

"Baru-baru ini kami telah memperkenalkan barisan Ranger yang diberikan nafas baharu dengan menggabungkan ciri-ciri teknologi, keselamatan dan keselesaan yang terkini," terang Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion (SDAC).

“Kami yakin momentum jualan Ranger akan berterusan tahun ini. Di samping itu, SDAC sendiri akan terus meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pelanggan", sambung beliau.

Ford dan Sime Darby Auto Connexion akan sama-sama berusaha untuk memperhebatkan pengalaman pemilikan produk Ford dan usaha itu termasuk proses penambahan dan penaikan taraf pengedar-pengedar Ford di seluruh negara.

Tahun lalu, Ford dan Sime Darby Auto Connexion telah pun mengumumkan pembukaan dan penaikan taraf dua wakil penjual Ford, iaitu Sime Darby Auto Connexion (Kuching) dan Sime Darby Auto Connexion (Kota Kinabalu). Ford dan Sime Darby Auto Connexion akan meneruskan usaha untuk meningkatkan pengalaman pemilikan Ford dengan pengembangan dan penaiktarafan pengedar-pengedar Ford di seluruh negara.
Select Language
Ooops!
Generic Popup