Jualan Suku Ketiga Ford Ranger Melonjak 12 Peratus Atas Permintaan Yang Terus Kukuh
KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Oktober 2019 - Ford Ranger sebagai peneraju segmen serta pemenang anugerah bagi trak pikap terus membuktikan popularitinya di Malaysia apabila permintaan kukuh dalam suku ketiga meningkatkan jualan sehingga 12 peratus dari suku sebelumnya

Jualan mantap ini melonjakkan pegangan saham Ford Ranger bagi segmen pikap untuk suku ketiga sebanyak 16.2 peratus, peningkatan 1.5 mata peratusan berbanding suku yang lalu.

“Ford Ranger terus menjadi penanda aras untuk segmennya dengan versatiliti, teknologi terkini, ciri-ciri keselamatan, keselesaan dan sisi luaran yang garang,” kata Syed Ahmad Muzri bin Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion. “Kami berbesar hati untuk terus bekerjasama dengan Ford dalam meningkatkan lagi kecemerlangan dalam pengalaman pemilikan Ranger untuk para pelanggan.

Ranger ‘Built Ford Tough’ kekal menjadi pilihan para pelanggan trak pikap di Malaysia yang begitu teruja dengan sebuah kenderaan yang melengkapi keperluan harian kerja dan cara hidup pemiliknya.

Selain daripada menjadi pikap terlaris di pasaran, Ford Ranger juga merupakan sebuah kenderaan yang menerima paling banyak anugerah untuk segmennya. Ford Ranger Raptor, trak pikap berprestasi terunggul di Malaysia telah dinobatkan sebagai Trak Pikap Terbaik di 2019 CarSifu Editors’ Choice Awards.

Ranger turut dinamakan sebagai Trak Pikap Terbaik 2019 di Frost & Sullivan Asia Pacific Best Practices Awards, Trak Pikap Terbaik Malaysia 2019 di Cars of Malaysia Awards, Trak Pikap Terbaik di 2019 DSF.my Allianz Vehicle of the Year Awards (VOTY).

Berbagai-bagai anugerah juga diterima pada 2018 termasuk Trak Pikap Terbaik Tahun 2018 oleh Malaysia Car of The Year (COTY), Anugerah Emas untuk Pikap Terbaik 2018 bagi People’s Choice Awards dan Editor’s Choice Award daripada Carlist.my serta Trak Pikap Terbaik Pilihan Editor 2018 daripada TopGear Chinese.

Select Language
Ooops!
Generic Popup