Jualan Suku Ketiga Ford Ranger Naik 61 Peratus Berikutan Permintaan yang Terus Kukuh
  • Keputusan suku ketiga yang kukuh membantu meningkatkan penguasaan Ranger dalam segmen trak pikap sebanyak 1.1 peratus menjadi 15.3 peratus

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Oktober 2018 –Ford Ranger yang mendefinisikan semula segmen trak pikap dilihat terus popular di Malaysia apabila jualannya melonjak 61 peratus pada suku ketiga tahun ini berbanding tahun lalu dengan 2,245 unit berjaya dijual.

Angka jualan yang kukuh itu membantu Ranger meningkatkan perkongsian pasarannya dalam segment trak pikap apabila naik 1.1 peratus poin berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 15.3 peratus.

“Ranger membantu memacu mengukuhkan segmen trak pikap secara keseluruhannya. Ini banyak dibantu oleh kepakaran kami dalam menghasilkan trak dan kekuatan Ford di peringkat global,” kata Pengarah Urusan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, Truong Kim Phong. “Kelasakan, keupayaan dan keselesaan Ranger terus menjadi penanda aras dalam sektor trak pikap satu tan.”

‘Built Ford Tough’ Ranger merupakan antara trak paling laris di pasaran. Ia menarik perhatian kelompok pengguna lebih luas yang menghargai aspek versatiliti, seterusnya menjadikannya sesuai untuk apa jua keperluan kerja dan gaya hidup.

“Tarikan Ranger di pasaran Malaysia kekal kukuh,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Bin Syed Faiz. “Kami yakin momentumnya akan berterusan di Malaysia dengan pelancaran Ranger baharu pada akhir bulan ini.”

Bagi memberi sokongan lebih baik kepada para pelanggan Ranger di seluruh negara, Ford dan Sime Darby Auto Connexion akan meneruskan usaha untuk meningkatkan pengalaman pemilikan. Ia merangkumi proses pengembangan dan naik taraf para pengedar Ford di seluruh negara.


Select Language
Ooops!
Generic Popup