SDAC-Ford Lancar Karnival Jualan Ford Ranger Untuk Semenanjung Malaysia Bermula Bulan Ini
KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Ogos 2019 - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan ‘Karnival Jualan Hujung Minggu Ford Ranger’ untuk Semenanjung Malaysia. Karnival tersebut berlangsung dari Ogos ini sehingga Oktober depan.

Pengunjung karnival berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan berserta barangan eksklusif Ford, sambil menerokai dan merasai pengalaman Ranger Raptor dan Ranger WildTrak melalui acara permainan dan pelbagai aktiviti.

Di antara aktiviti-aktiviti termasuklah para pengunjung berpeluang mencuba satu satunya trak swa-parkir melalui aktiviti Parkir Selari Separa Automatik Ford Ranger. Dengan fungsi pintar yang unggul ini, memarkir di petak yang sempit menjadi mudah. Para pengunjung juga berpeluang menyertai ‘Cabaran Satu Jari’ yang memperlihatkan Pintu But Mudah-Angkat Ranger, satu lagi ciri unggul untuk sebuah pikap. Di sini, pengunjung boleh mencuba sendiri membuka dan menutup pintu but Ranger dengan hanya satu jari – pengurangan guna tenaga sehingga 70 peratus dari berat pintu but Ranger.

Untuk Ranger Raptor, para pengunjung akan cuba mencari FOX Racing Shox dengan hanya menggunakan panel cermin. FOX Racing Shox merupakan perendam hentak yang pertama dan satu-satunya sistem gantungan perlumbaan yang terdapat di dalam trak pikap untuk memberikan 30 peratus lebih pergerakan roda bagi pengendalian di laluan lasak pada kelajuan tinggi.

Para pelanggan yang membuat tempahan mana-mana varian Ford Ranger di karnival hujung minggu ini akan berpeluang memenangi sebuah basikal yang sepadan dengan gaya hidup aktif dan mencabar Ranger.

Sementara itu, para pelanggan yang membeli samada Ranger WildTrak atau Ranger Raptor
dalam bulan Ogos sehingga 30 September 2019, akan menikmati penyelenggaraan percuma selama dua tahun dan menerima PETRONAS Gift Card bernilai RM1,000. Pelanggan yang membeli Ranger WildTrak sepanjang tempoh promosi akan turut mendapat rebat RM3,000.

Tarikh dan lokasi ‘Karnival Jualan Hujung Minggu Ford Ranger’ adalah seperti berikut:

Tarikh

Lokasi

Ogos 17-18

Capital Intertrade (Damansara)

Ogos 24-25

Semangat Anggun (Klang)

Sep 6-7

SDAC PJ2

Sep 28-29

Acecourt Taiping, Perak

Okt 5-6

2020 Motors (Seri Kembangan)

SDAC akan turut membawakan jelajah ‘Karnival Jualan Hujung Minggu Ford Ranger’ ke Sabah dan Sarawak tidak lama lagi.
Select Language
Ooops!
Generic Popup