Ford Direct Markets Mengiktiraf Kecemerlangan Rakan Pengedar bagi Kepuasan Pelanggan dan Operasi dengan Anugerah Presiden dan Pengerusi
KUALA LUMPUR, Malaysia, 5 April 2021 – Ford Direct Market baru-baru ini mengumumkan pemenang Anugerah Pengerusi dan Presiden – sebuah program bagi mengiktiraf rakan pengedar mereka yang mencapai kecemerlangan dalam memastikan kepuasan pelanggan dan operasi untuk tahun 2020.

“Ini merupakan anugerah paling berprestij oleh pengeluar kereta jenama Ford, berikan kepada rakan pengedar kami setiap tahun,” kata Randy Krieger, Presiden, Ford Direct Markets. “Ini adalah cara kami mengiktiraf inisiatif dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan pada tahun sebelumnya, dan sebagai menghargai kesemua pemegang taruh kami atas usaha berterusan mereka dalam memastikan para pelanggan kami dilayan seperti keluarga, dan sentiasa berpuas hati, setia dan menjadi penyokong jangka panjang untuk jenama Ford dan Lincoln.”

Diperkenalkan secara serantau pada 2016, program anugerah tahunan ini menilai pengedar terutamanya dari segi tahap tertinggi mereka dalam memberikan kepuasan pelanggan secara keseluruhan (CVP) dan :

  • Tahap tertinggi kepuasan pelanggan jualan (CVP)
  • Tahap tertinggi kepuasan pelanggan servis (CVP)
  •  Prestasi jualan terbaik (ASO)
  • Prestasi alat ganti terbaik (ASO)

Sejumlah lima belas rakan pengedar daripada unit perniagaan Direct Markets Ford yang luas meliputi American Samoa, Kamerun, Kambodia, Mesir, Fiji, Kuwait, Laos, Malaysia, Maghribi, Mozambique, Papua New Guinea, Qatar, Senegal, Tanzania dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah mendapat penghormatan ini. Daripada lima belas anugerah tersebut, enam rakan pengedar - Al Tayer Motors di UAE, Al Mana di Qatar, ALJ Auto Jameel (LLC) di Mesir, InterAuto di Mozambique, Sime Darby Auto ConneXion di Malaysia dan Samoa Motors di American Samoa – telah membawa pulang anugerah yang menjadi rebutan iaitu Anugerah Pengerusi.

Anugerah Pengerusi yang begitu berprestij bagi mengiktiraf kecemerlangan dalam menyediakan tahap terbaik kepuasaan pelanggan dalam jualan dan servis ini telah berjaya digondol untuk kali kedua oleh Ford Direct Market Malaysia, membuktikan bahawa ia adalah organisasi pengedar Ford yang terbaik di dunia.

Direct Market Ford terdiri daripada Direct Markets Timur Tengah, Afrika Utara, Sub-Sahara Afrika dan Asia Pasifik – Para pengedar di wilayah ini telah mempamerkan komitmen dan sumbangan yang cemerlang terhadap perniagaan Ford, dan bersama-sama membina produk dan servis yang diinginkan, dan melayan para pelanggan seperti keluarga.


Select Language
Ikuti Ford Malaysia
© Sime Darby Auto ConneXion Sdn Bhd
Talian Jualan Ford Kini Di WhatsApp

Talian jualan kami kini beroperasi di WhatsApp dari Isnin ke Jumaat, 10AM sehingga 7PM & Sabtu 10AM sehingga 2PM (tidak termasuk cuti umum).

Untuk pertanyaan mengenai Selepas Jualan / Alat Ganti / Waranti, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di 1300 38 3181, Isnin - Jumaat, 9AM sehingga 5PM (tidak termasuk cuti umum) atau emel customercare.sdac@simedarby.com.

Tekan butang di bawah untuk memulakan pertanyaan anda.

We're currently undergoing maintenance. Please key in a password to access the website.
Ooops!
Generic Popup