Perhimpunan Ford Mustang Terbesar Anjuran Kelab Mustang Malaysia Tercatat Di Dalam Malaysia Book of Records
  • Sejumlah 137 Mustang menyertai perhimpunan Ford Mustang terbesar di Malaysia yang dianjurkan oleh Kelab Mustang Malaysia.

  • Ditubuhkan pada tahun 2018, Kelab Mustang Malaysia berkembang dengan 245 keahlian berdaftar.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 September 2020 - Kelab Mustang Malaysia telah mencatatkan rekod baharu di dalam Malaysia Book of Records sebagai penganjur perhimpunan Ford Mustang terbesar di negara ini.

Perhimpunan yang diadakan pada 27 September 2020 menyaksikan sebanyak 137 Ford Mustang berhimpun di Pavilion Kuala Lumpur dan para pemilik berpeluang seharian beramah mesra dan berkongsi pengalaman berharga.

(L-R) Christopher Wong, Chief Operating Officer from Malaysia Book of Records with Alfred C.K. Joseph, President of the Mustang Club Malaysia
(L-R) Alfred C.K. Joseph, President of the Mustang Club Malaysia with Mr. Shahazad, Founder of the Mustang Club Malaysia
Dalam majlis tersebut, sijil pengiktirafan disampaikan kepada Presiden Kelab, Alfred C.K. Joseph oleh Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Records, Encik Christopher Wong.

Kelab Mustang Malaysia ditubuhkan pada tahun 2018, dan semenjak itu ia terus berkembang sehingga memiliki 245 ahli berdaftar. Kelab ini ditubuhkan dengan tujuan berkongsi informasi berkenaan Ford Mustang baharu dan menggalakkan pemanduan yang selamat dan berhemah. Kelab ini juga menyediakan platform kepada para pencinta Ford Mustang memupuk hubungan berdasarkan minat yang sama.

“Kami begitu teruja kerana mendapat tempat di dalam Malaysia Book of Records sebagai pemegang rekod penganjur perhimpunan Ford Mustang terbesar di Malaysia. Matlamat kami adalah untuk mengetengahkan perpaduan dan keharmonian semua lapisan masyarakat di dalam negara berbilang kaum ini melalui minat dan aprisasi terhadap kereta,” kata Alfred C.K. Joseph, Presiden Kelab Mustang Malaysia.

“Sekalung tahniah kepada Kelab Mustang Malaysia kerana menganjurkan acara ini dan mencatatkan rekod baharu. Ia merupakan kejayaan yang begitu besar apabila berjaya menganjur dan mengumpulkan sebanyak 137 kenderaan Mustang bersama para pemiliknya. Kami amat berbangga dengan segala usaha keras mereka. Kami akan terus komited dalam mengekalkan hubungan erat dengan pelbagai kelab pemilik Ford dan menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan bagi membina silaturrahim dan hubungan baik sesama ahli,” ujar Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Select Language
Ooops!
Generic Popup