Kesemua 19 Limited Edition Ford Ranger Splash habis ditempah sebelum Festival Beli-Belah 11.11 Lazada
•Trak pikap pertama yang dijual secara e-dagang, dan kesemua 19 unit Limited Edition Frod Ranger Splash ditempah awal sebelum bermulanya Festival Beli-Belah 11.11 Lazada.

•Pertama kali dalam industri apabila jualan atas talian trak pikap boleh ditempah melalui fungsi “Chup Dulu“ di Lazada.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 November 2019 - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan kesemua 19 unit Limited Edition Ford Ranger Splash telah pun habis ditempah lebih awal sebelum bermulanya Festival Beli-Belah 11.11 Lazada di stor Ford Official LazMall.

“Kejayan pantas hasil kolaborasi dengan Lazada ini menunjukkan bahawa pengguna di Malaysia telah menerima e-dagang dengan sepenuhnya. Ia juga membuktikan permintaan yang kukuh dan keyakinan para pengguna terhadap Ford Ranger ‘Built Ford Tough’ kami. Pencapaian ini tidak akan menjadi nyata tanpa sokongan daripada para pelanggan kami, dan untuk itu kami amat berterima kasih kepada anda semua,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion.

“Kami percaya bahawa para pelanggan mahukan pengalaman unik dan eksklusif untuk kenderaan mereka . Mereka kini boleh menjangkakan program yang lebih menarik di masa yang terdekati ini, Nantikan kami,” ujarnya lagi.

Kejayaan besar bagi jualan atas talian ini merupakan detik penting dalam industri automotif tempatan – trak pikap pertama yang dijual melalui e-dagang dan kenderaan pertama di negara ini yang dijual melalui “Chup Dulu” – mekanisme promosi yang membolehkan pembeli untuk menempah produk mereka terlebih dahulu sebelum festival beli-belah Lazada.

Melalui fungsi “Chup Dulu” para pelanggan boleh menempah awal kenderaan Limited Edition Ford iaitu dari 28 Oktober hingga 10 November sebelum Festival Beli-Belah 11.11 Lazada.

Tentang Limited Edition Ford Ranger Splash
Limited Edition Ford Ranger Splash yang sporti dan ranggi ini didatangkan dalam warna hitam dan diberi kelainan dengan pelekat logo fluoresen ‘Ranger Splash’ di sisinya. Rekabentuk luaran juga diperkemas dengan bar kangaroo hitam legap, gril hadapan khas, penutup cermin sisi, bamper belakang, sports bar, roda aloi dan dapra lebar. Dilengkapi dengan teknologi pintar yang selamat dan praktikal, ia turut memiliki sistem bayaran tol elektronik dan kamera pemantau keliling 360°.

Dikuasakan dengan enjin diesel 2.0L Single-Turbo Ford generasi baharu yang dipadankan dengan transmisi 10-kelajuan automatik, Ranger Splash mampu menghasilkan 180 PS dan daya kilas setinggi 420 Nm.

Limited Edition Ford Ranger Splash didatangkan dengan waranti selama tiga tahun atau sehingga 100,000 km, yang mana dahulu dan penyelenggaraan percuma selama lima tahun atau sehingga 100,000km, yang mana dahulu.

Select Language
Ooops!
Generic Popup