Ford Memulakan Perkilangan di Eropah dengan Protokol Perlindungan Pekerja yang Lebih Ketat
  • Pengeluaran kenderaan dan enjin dirancang untuk dimulakan semula di kilang-kilang utama Ford di Eropah secara berperingkat bermula 4 Mei.
  • Peningkatan secara beransur-ansur untuk beberapa bulan akan datang sebelum pengeluaran secara penuh disambung.
  • Piawaian sejagat Ford berhubung penjarakan sosial serta protokol-protokol kesihatan dan keselamatan dilaksanakan bagi melindungi tenaga kerja.
  • Ford mengeluarkan topeng muka sendiri untuk melindungi kakitangannya di serata Eropah, serta menyediakan “kit penjagaan diri” untuk mereka yang kembali bekerja.
  • Rancangan permulaan perkilangan akan menyokong pembukaan semula tempat-tempat jualan wakil Ford di kawasan pasaran penting. Ini tertakluk kepada sekatan pergerakan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

COLOGNE, Germany, 30 April 2020 - Ford hari ini mengesahkan hasratnya untuk menyambung kembali pengeluaran di kebanyakan kilang utama pembuatan kenderaan dan enjin Ford di Eropah bermula 4 Mei.

Perkilangan akan disambung semula pada 4 Mei secara berperingkat di Saarlouis Vehicle Assembly Operations dan Cologne Assembly Operations and Engine Plant di Jerman; Valencia Vehicle Assembly Operations di Sepanyol; dan Craiova Vehicle Assembly Operations and Engine Plant di Romania.

Pengeluaran akan kembali bermula di Valencia Engine Plant di Sepanyol pada 18 Mei, sementara pembukaan semula Dagenham and Bridgend Engine Plants Ford di United Kingdom akan ditentukan kemudian.

“Kami perlu bersedia dengan suasana baharu sebaik sahaja melepasi kemuncak awal pandemik Coronavirus di Eropah, di mana keutamaan dalam rancangan “kembali bekerja” diberikan kepada langkah-langkah perlaksanaan piawaian sejagat Ford iaitu penjarakan sosial dan memperketatkan lagi protokol-protokal kesihatan dan keselamatan di tempat kerja. Para kakitangan kami harus menyedari bahawa langkah-langkah sewajarnya harus diambil untuk melindungi mereka sewaktu bekerja,” kata Stuart Rowley, Presiden Ford Eropah.

Pengeluaran akan bermula dengan kadar yang rendah, dengan mengutamakan wakil-wakil pengedar dengan tempahan-tempahan kenderaan yang telah melaksanakan pembayaran, dan beransur-ansur ditingkatkan selama beberapa bulan seterusnya sebelum pengeluaran secara keseluruahn disambung. Rancangan pengeluaran mengambil kira kesediaan pembekal, sekatan pergerakan di seluruh negara dan pembukaan semula tempat-tempat jualan Ford di kawasan pasaran utama, serta permintaan pelanggan.

“Keutamaan kami dalam memula kembali pengeluaran dan penyambungan kerja di kilang adalah untuk mengekalkan tahap kesihatan tenaga kerja kami,” kata Martin Henning, Pengerusi, Majlis Pekerja Ford Eropah. Para pemimpin kesatuan kami di serata Eropah telah bersetuju dengan langkah-langkah jauh kehadapan yang diambil bagi melindungi semua pekerja kami di seluruh Eropah dengan sebaik mungkin, di mana ia melangkaui langkah-langkah yang telah digariskan oleh pihak berkuasa.”

Senarai menyeluruh piawaian sejagat Ford berhubung penjarakan sosial dan langkah-langkah berhubung kesihatan dan keselamatan para pekerja di kilang-kilang dan fasiliti-fasiliti Ford akan dilaksanakan, Ia termasuk, dan tidak terhad kepada :

  • Mewajibkan sesiapa yang memasuki fasilliti Ford memakai topeng muka yang disediakan oleh Ford, dan menggunakan pengadang muka di kawasan-kawasan tertentu kilang di mana penjarakan sosial tidak dapat dipenuhi.
  • Sesiapa yang memasuki fasiliti Ford mesti melalui pemeriksaan suhu badan di pintu masuk menggunakan peralatan pengesan yang menepati peraturan dan sekatan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
  • Melengkapkan proses penilaian jagaan kesihatan harian diri bagi memastikan kesihatan dan kesediaan kakitangan untuk bertugas sebelum memasuki fasiliti Ford.
  • Menyusun atur kembali ruang kerja bagi memastikan peraturan penjarakan sosial dipatuhi serta kakitangan akan kembali bekerja secara berperingkat untuk mengurangkan kepadatan di dalam bangunan.

Pihak syarikat juga akan menyediakan “kit penjagaan diri” untuk kakitangan yang kembali bekerja, kit tersebut mengandungi topeng muka pakai buang, termometer boleh guna semula, dan barangan kebersihan diri yang lain.

Ford akan mengeluarkan topeng muka untuk digunakan di fasilitinya di seluruh Eropah. Topeng yang disediakan oleh syarikat ini mesti dipakai oleh semua pekerja dan pelawat yang berada di dalam kawasan Ford, selaras dengan protokol sejagat syarikat. Dengan mengeluarkan topeng muka untuk kegunaan sendiri, Ford membantu dalam mengurangkan permintaaan terhadap peralatan perlindungan diri yang ketika ini melebihi bekalan dan diperlukan bagi perkhidamatan perubatan dan industri lain.

Terdapat juga sebilangan pekerja yang sememangnya bertugas di kilang-kilang syarikat semenjak beberapa minggu yang lalu bagi memastikan kelangsungan di bahagian khidmat kritikal. Bermula 4 Mei, aktiviti-aktiviti ini akan ditingkatkan secara progresif ke arah mengembalikan aktiviti perusahaan yang normal.

Selain itu, para pekerja dalam bidang bukan pengeluaran juga akan kembali bekerja secara berperingakat bermula 4 Mei, dengan keutamaan diberi kepada mereka yang terlibat secara langsung di dalam perancangan dan aktiviti perusahaan kritikal, atau tugasan yang memerlukan mereka menggunakan peralatan khusus yang hanya terdapat di kilang-kilang Ford, seperti peralatan ujian kenderaan. Para pekerja bukan pengeluaran yang boleh bekerja secara maya pula akan terus berbuat demikian buat masa ini termasuk para pekerja sementara.

“Ini merupakan perkara yang belum pernah berlaku kepada perusahaan kami, namun ia telah menonjolkan ciri-ciri terbaik yang dimiliki oleh kakitangan kami, di mana ramai yang terlibat memberi bantuan kepada masyarakat dengan pelbagai cara di serata Eropah. Apabila pengeluaran kami dimulakan semula, akan sematkan semangat komited dan rasa bangga yang positif ini dalam tugasan kami agar demi membawa manfaat kepada para pelanggan,” ujar Rowley.

Select Language
Ooops!
Generic Popup