Menjejak Laluan Baru, Meneroka Kawasan Luar dan Menjalin Silaturahim di Sarawak – Inilah ‘Gaya Hidup Ranger’

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 April 2019 – Sejak bertahun-tahun lamanya, Ford Ranger telah berubah menjadi sebuah trak pikap untuk tujuan kerja sepenuhnya menjadi kenderaan yang versatil dan gaya hidup premium dengan keselesaan serta pelbagai ciri sebuah kereta penumpang. Namun begitu, satu perkara yang tidak pernah berubah ialah bagaimana kesempurnaan progresif ‘Built Ford Tough’ memberi inspirasi dan jalinan silaturahim yang kukuh dalam kalangan pemiliknya.

Kelab Pemilik Ranger (Ranger Club Owners) di seluruh dunia telah bersama-sama membentuk kelab di mana ahli-ahlinya sentiasa mencari peluang untuk menyumbang kembali kepada komuniti. Pada masa yang sama mengamalkan ‘Gaya Hidup Ranger’ sebagai sebuah kumpulan.

Di Malaysia, ia terbukti dengan pelbagai aktiviti dan acara yang dijalankan oleh ahli kelab pemilik Ranger. Antaranya ialah 4X4 Sarawak Jamboree, perhimpunan tahunan Ford Ranger paling besar di Sarawak. Memulakan perjalanan dari Sibu dan berakhir di Kapit yang mengambil masa selama empat hari, para pemilik Ranger ini merupakan sebahagian daripada konvoi sebanyak 175 kenderaan off-road yang mengambil bahagian dalam jamboree berkenaan. Mereka mengharung laluan yang tidak pernah dilalui sebelum ini menuju ke Kapit.

Sebelum dua tahun lalu, Kapit hanya boleh diakses melalui sungai, kenderaan perlu diangkut menggunakan bot dan hanya dipandu di kawasan bandar. Walaupun Kapit kini mempunyai jaringan laluan yang lebih baik dengan sebahagiannya telah ditar, jamboree bagaimanapun membawa para peserta melalui laluan lebih mencabar yang merangkumi lawatan ke kawasan orang Iban di Kanowit, Song dan Kapit.

Di sana, ahli kelab berpeluang mengetahui budaya masyarakat Iban dan berhubung dengan komuniti orang asli. Mereka juga menyumbang menerusi aktiviti gotong-royong membersihkan bandar Kanowit.

Sepanjang jamboree tersebut, para peserta berpeluang merasai sendiri aksi off-road yang menyuntik adrenalin di laluan balak tidak bertar yang salah satu daripadanya sudah terbiar selama dua tahun. Sepanjang perjalanan, terdapat beberapa batang sungai kecil yang hanya boleh dilalui menggunakan jambatan balak yang kecil.

Ahli Ford Ranger Club yang mengambil bahagian juga dapat mengeratkan lagi hubungan di antara satu sama lain, terutama apabila berada dengan mereka yang sama-sama gemarkan cabaran. Antara aktiviti mencabar yang dilakukan ialah memancing, berburu, memasak barbeku yang enak dan berseronok di hadapan unggun api.

Aktiviti-aktiviti kelab ini benar-benar menghidupkan semangat kehidupan dan menyerlahkan ‘Gaya Hidup Ranger’. Daripada pemanduan setiap hari yang selamat dan selesa sehinggalah kepada sebuah trak yang lasak dan berkeupayaan tinggi untuk meneroka, seterusnya berjumpa dengan komuniti-komuniti yang tinggal di kawasan terpencil. Segalanya mungkin dengan trak ‘Build Ford Tough’ ini.

SDAC-Ford terus komited dalam mengekalkan hubungan rapat ahli-ahli kelab dengan menyokong rangkaian pelbagai kelab pemilik kenderaan Ford. Ia dilakukan menerusi kolaborasi dan penajaan yang pastinya memberi peluang untuk meningkatkan persefahaman dan merapatkan hubungan silaturahim.

Select Language
Ooops!
Generic Popup