Ford Everest Baharu dengan Enjin Diesel Bi-Turbo dan Transmisi Automatik 10-kelajuan Tawar Keupayaan, Keselamatan dan Kecekapan Lebih Baik
  • Rangkaian kuasa generasi seterusnya dengan transmisi automatik 10-kelajuan menawarkan kuasa mencecah 213PS dan tork 500Nm
  • Everest dilihat terus memainkan peranannya selaku perintis kepada SUV berteknologi tinggi, menerusi tahap pemanduan yang telah ditambah baik secara signifikan, kelancaran dan ruang kabin yang mewah untuk pengalaman pemanduan luar biasa, sama ada di atas jalan biasa mahupun jalan yang lasak.
  • Kemudahan pemandu dipertingkatkan, hasil daripada pengenalan ciri-ciri baharu seperti pintu belakang bebas tangan, SYNC® 3, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin
  • Pengalaman pemilikan yang hebat termasuklah jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sehingga 100,000km
  • Harga Everest baharu bermula RM228,888.00

KUALA LUMPUR, Malaysia, 08 Oktober 2018 – Ford Motor Company, bersama rakan pengedar tempatannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini melancarkan versi SUV saiz sederhana, Everest yang telah dipertingkatkan. Ia dilihat membawa aspek keupayaan, kecekapan dan keselamatan ke satu tahap lebih tinggi menerusi prestasi di atas jalan biasa dan jalan yang lasak, teknologi termaju, reka bentuk mantap dan ruang kabin yang lebih selesa.

“Everest baharu terus meningkatkan penanda aras dalam segmen SUV dan melebarkan tarikannya di pasaran,” kata Pengarah Urusan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, Truong Kim Phong.

“Kami teruja untuk melihat pelanggan memandu Everest baharu dan merasai sendiri keseronokan yang mampu ditawarkan oleh Everest baharu dalam setiap perjalanan,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

Cekap, berkeupayaan dan pintar
Everest baharu meneruskan peranannya selaku SUV yang canggih dan berteknologi tinggi menerusi sistem bantuan pemandu, tahap kelengkapan serta dinamik yang telah ditambah baik. Semua ini membolehkannya menjadi begitu lincah di bandar dan cukup mantap di laluan yang lasak.

Ciri-ciri baru termasuklah pintu belakang (liftgate) kuasa bebas tangan, SYNC® 3, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin yang meningkatkan kemudahan pemandu. Pintu belakang kuasa bebas tangan, ciri yang berfungsi membuka dan menutup pintu belakang nyata memberi kemudahan kepada sesiapa sahaja. Jika tangan anda penuh dengan barang, cuma perlu gerakkan kaki di bahagian bawah bampar belakang untuk membukanya secara automatik.

SYNC® 3 dengan Apple CarPlay dan Android Auto kini menjadi ciri standard untuk semua varian Everest, ia hadir bersama Bluetooth, 10 unit pembesar suara dan skrin sentuh warna bersaiz 8.0 inci. SYNC® 3 membolehkan penggunaan Waze dan Google Maps, pengecaman suara yang telah ditambah baik juga membantu pemandu untuk kekal berhubung serta selamat apabila memastikan mata dan tangan pemandu fokus ke atas jalan raya.

Sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin kini menjadi ciri standard pada semua varian Everrest baharu. Ia membolehkan pelanggan menghidupkan enjin dengan lebih cepat, meningkatkan kemudahan, serta lebih mudah untuk keluar masuk.

Ford Everest baharu turut mengekalkan teknologi bantuan pemandu yang membolehkan pemandu dan penumpang menikmati perjalanan luar biasa dengan yakin, ini termasuklah:
  • Kawalan Meluncur dengan Pengehad Kelajuan Boleh Ubah 
  • Kluster Instrumen Multi-pintar – membolehkan pemandu melihat apakah fungsi yang sedang digunakan oleh Everest pada bila-bila masa dengan sekali imbas sahaja 
  • Sistem Pengurusan Laluan (Terrain Management System) – memberikan kenderaan keupayaan sewajarnya untuk menempuh apa jua laluan yang mencabar 
  • Kawalan Kestabilan Elektronik (Electronic Stability Control) 
  • BLIS – Sistem Maklumat Titik Buta (Blind Spot Information System) dengan Cross-Traffic Alert
  • MyKey®

Rekaan yang penuh fungsi, pintar dan selesa
Rekaan Everest yang mantap diperhalusi lagi dengan gril baharu yang melibatkan kemasan tekstur pada gril, di samping kemasan krom sedia ada pada Everest. Varian Everest Titanium dilengkapi rim aloi bersaiz 20 inci dengan rekaan jejari terpisah. Kemasan warna lebih gelap menyerlahkan lagi permukaan rim aloi tersebut untuk penampilan yang premium.

Ruang kabin luas yang dipasang dengan kemasan berwarna hitam memberikan rasa lebih premium. Permukaan lembut pada titik-titik sentuhan di seluruh kabin menambah baik aspek keselesaan dan kualitinya. Sementara warna dalaman hitam membolehkan jahitan kontras dan kemasan krom lebih menonjol berbanding sebelum ini.

Bukan itu sahaja, ruang ekstra pada varian Everest Titanium boleh digunakan dengan hanya menekan satu butang. Malah, tempat duduk kuasa lapan talaan dan tempat duduk baris ketiga yang boleh dilipat dengan mudah jelas dapat memberikan ruang yang cukup untuk mengangkut semua peralatan dan keperluan perjalanan anda sepanjang hujung minggu.

Everest baharu tidak berkompromi dari segi keselamatan. Dengan tujuh beg udara, varian Everest Trend dan Titanium menawarkan perlindungan terbaik menerusi beg udara untuk pemandu, penumpang hadapan, beg udara sisi pada tempat duduk, beg udara sisi dan jendela, dan beg udara pada bahagian lutut pemandu.

Rangkaian kuasa yang canggih
Enjin Bi-turbo diesel bersesaran 2.0L generasi baru Ford dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan untuk menawarkan kuasa mencecah 213PS (157kW) untuk menambah baik aspek pemanduan yang lebih fleksibel, senyap dan selesa. Dengan kuasa 500Nm boleh dicapai pada tahap serendah 1,750rpm, enjin Bi-Turbo menawarkan agihan kuasa tork yang lebih baik. Transmisi 10 kelajuan dengan nisbah pendek itu mengurangkan jurang di antara kuasa dan pecutan bagi membolehkan usaha mendaki bukit yang curam dan licin lebih mudah menggunakan Everest Titanium anda.

“Enjin diesel 2.0L dan transmisi automatik 10-kelajuan baru jelas meningkatkan penanda aras dari segi kelancaran serta keupayaan di atas jalan biasa dan jalan yang lasak,” kata Ketua Jurutera Program Ford Everest, John Willems.

Keupayaan lasak pada Everest baharu yang telah dipertingkatkan disesuaikan dengan kelancarannya di atas jalan biasa. Sekali gus dapat menawarkan pengalaman menaiki kenderaan yang lebih lancar dan senyap kepada penumpang. Semua model ini memanfaatkan aspek geometri suspensi yang telah disemak semula, membuatkan pemanduan Everest menjadi lebih mantap di atas jalan biasa mahupun di jalan lasak.

Harga, warna dan servis
Everest baharu ditawarkan pada harga berikut:
  • Trend – RM228,888.00
  • Titanium – RM258,888.00

Everest didatangkan dalam empat warna menarik – perak (Diffused Silver), merah (Sunset), kelabu Meteor (Meteor Grey) dan hitam (Shadow Black).

Klik Di sini untuk meneroka Ford Everest Baharu.

Select Language
Ooops!
Generic Popup