Sime Darby Auto Connexion Lancar Bilik Pameran yang Dinaik Taraf di Kuching, Sarawak
KUCHING, Malaysia, 27 April 2018 – Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar eksklusif Ford di Malaysia hari ini meraikan pembukaan rasmi kemudahan yang dinaik taraf, Sime Darby Auto Connexion (Kuching).

Bilik pameran di Kuching itu direka dengan standard Jenama@Peruncitan global Ford. Ia menempatkan ruang jualan, servis dan alat ganti di bawah satu bumbung untuk memenuhi segala keperluan pelanggan.

Terletak di Jalan Rock di Kuching, kemudahan seluas 2,033 meter persegi itu mempunyai satu bilik pameran yang mampu menempat enam buah kenderaan dan 13 ruang penyelenggaraan yang lengkap dengan sistem pengangkat. Kemudahan itu turut dilengkapi sebuah lounge pelanggan dengan Wi-Fi percuma. Pelanggan boleh menikmati minuman panas dan snek percuma ketika menunggu kenderaan mereka diservis.

“Sime Darby Auto Connexion (Kuching) merupakan satu lagi bukti jelas tentang pelan pengembangan rangkaian dan peningkatan aspek khidmat pelanggan. Ia membantu menyokong jumlah pelanggan yang pantas berkembang di Sabah and Sarawak,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

“Setiap aspek kemudahan ini telah direka untuk menyediakan khidmat pelanggan dan pengalaman pemilikan yang canggih dari segi kemudahan, kecekapan serta keselesaan.”

Kemudahan baharu itu dikendalikan oleh sepasukan juruteknik bertauliah. Pusat Servis Sah Ford itu juga dilengkapi dengan peralatan diagnostik dan perkakasan khas, selain menyediakan bekalan alat ganti tulen sepenuhnya.

Semua kakitangan Ford Sime Darby Auto Connexion (Kuching), termasuklah juruteknik, jualan dan servis telah menerima latihan amali yang diiktiraf di seluruh dunia bagi meningkatkan kemahiran mereka serta memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

“Kemudahan baharu Sime Darby Auto Connexion (Kuching) ini mengukuhkan lagi kepercayaan kami bahawa kualiti pengalaman pemilikan yang kami sediakan adalah sama seperti kualiti kenderaan Ford yang bertaraf dunia,” kata Pengarah Urusan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, Truong Kim Phong.

“Bersama rakan kami Sime Darby Auto Connexion yang boleh diharap sudah menjadi keutamaan kami untuk memastikan para pelanggan mendapat perkhidmatan terbaik pada setiap peringkat pengalaman pemilikan mereka.”

Bilik pameran di Kuching terletak di lokasi strategik iaitu Lot 19, Block 10, 1 ½ Mile, Rock Road, 93200 Kuching, Sarawak. Bilik pameran tersebut dibuka mulai jam 8:30am-5.30pm dari Isnin hingga Jumaat, dan dari 8:30am-12:30pm pada Sabtu. Manakala waktu operasi Pusat Servis pula bermula jam 8:00am-5:00pm dari Isnin hingga Jumaat, 8:00am-12:00pm pada hari Sabtu.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian hotline bilik pameran Kuching di talian – bilik pameran 082-523-855, pusat servis 082-523-655.

Bilik Pameran SDAC Kuching yang Dinaik Taraf

Select Language
Ooops!
Generic Popup