KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Ogos 2018 – Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia yang memulakan stor Pop-Up Ford itu telah dikunjungi oleh lebih 3,000 orang sejak ia mula diperkenalkan di Lembah Klang pada Julai lalu.
Stor Pop-Up Ford telah menjelajah ke Utara, Pulau Pinang dan Pantai Timur, Kota Bharu. Para pelanggan yang mengunjungi stor Pop-Up Ford ditawarkan dengan peluang unik untuk pengalaman Realiti Maya (VR) bagi memahami teknologi pintar dan bantuan pemanduan yang terus menetapkan Ranger sebagai penanda aras dalam industri.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan dan mereka berpeluang membawa pulang barangan eksklusif Ford apabila mengambil bahagian.
“Kami sangat berbesar hati dengan penerimaan positif orang ramai terhadap stor Pop-Up Ford yang pertama ini. Dengan memanfaatkan konsep pemasaran runcit kontemporari dan teknologi moden seperti VR, kami harap dapat mencipta pengalaman unik untuk membawa jenama Ford lebih dekat kepada pengguna. Pada masa sama meningkatkan kesedaran mengenai kenderaan kami kepada pelanggan yang baru dengan jenama Ford di Malaysia,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.
Seorang pengunjung siri jelajah itu berkata, “Stor Pop-Up Ford bukan sekadar siri jelajah pengguna yang biasa, tetapi merupakan satu tempat di mana saya boleh berjumpa dengan peminat Ford yang lain. Terdapat banyak aktiviti yang bukan sahaja untuk hiburan golongan dewasa, malah buat anak-anak saya turut disediakan. Saya kagum dengan pengalaman Realiti Maya yang begitu bermanfaat. Ia mengajar saya bagaimana ciri-ciri keselamatan Ranger boleh membantu jika wujud kemungkinan berlaku pelanggaran.”
Stor Pop-Up Ford kini masih dalam jadual jelajah dan bakal berada di hentian keempatnya di Setia City Convention Centre, Setia Alam pada 10 hingga 12 Ogos. Ia dibuka kepada orang ramai bermula jam 10am hingga 10pm setiap hari. Para penasihat jualan akan berada di sana untuk membantu menjawab apa jua pertanyaan, pendaftaran dan proses pembelian kepada pelanggan yang berminat.
Berikut adalah jadual Stor Pop-Up Ford yang akan datang1: