Pameran Bergerak Explore & Experience Ford Ranger Dengan Tawaran Hebat dan Aktiviti Riang Ria Bersama Keluarga di Hujung Minggu
KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Februari 2019 - Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia hari ini mengumumkan “Pameran Bergerak Explore & Experience Ford Ranger” yang akan berlangsung pada Februari sehingga Jun.

Berlangsung di bilik-bilik pameran yang mengambil bahagian, para pengunjung berpeluang menerokai dan mengalami sendiri teknologi pintar dan selamat yang meletakkan Ranger sebagai penanda aras industri dan memenangi pelbagai anugerah, antaranya dinobatkan sebagai Pickup Truck of the Year untuk 2018. Terdapat juga peluang untuk menikmati promosi menarik untuk model terpilih Ford.

Pameran Bergerak ini juga turut disertakan dengan pelbagai aktiviti mesra keluarga seperti permainan plinko, itik getah dan sudut mewarna untuk hiburan kanak kanak.

Pengunjung yang menyertai pandu uji di sana akan turut berpeluang memasuki terowong angin untuk memenangi barangan menarik dan eksklusif dari Ford.

Didapati di Malaysia dalam sembilan varian – Ranger Wildtrak dari siri premium, Ranger XLT+, XLT, XL dan juga Ranger Raptor yang direka khusus untuk pemanduan lasak dan kelajuan tinggi, trak-trak pikap moden dari Ford dilengkapi dengan ciri-ciri terkini seperti enjin diesel 2-0 liter Bi-Turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan (bagi varian terpilih) untuk mendapatkan prestasi luar biasa, tindakbalas yang tiada tandingan dan peningkatan dalam penjimatan bahan api.
Select Language
Ikuti Ford Malaysia
© Sime Darby Auto ConneXion Sdn Bhd
Talian Jualan Ford Kini Di WhatsApp

Talian jualan kami kini beroperasi di WhatsApp dari Isnin ke Jumaat, 10AM sehingga 7PM & Sabtu 10AM sehingga 2PM (tidak termasuk cuti umum).

Untuk pertanyaan mengenai Selepas Jualan / Alat Ganti / Waranti, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di 1300 38 3181, Isnin - Jumaat, 9AM sehingga 5PM (tidak termasuk cuti umum) atau emel customercare.sdac@simedarby.com.

Tekan butang di bawah untuk memulakan pertanyaan anda.

We're currently undergoing maintenance. Please key in a password to access the website.
Ooops!
Generic Popup