SDAC-Ford Sediakan Pilihan Khidmat Penghantaran Kenderaan Pandu Uji ke Rumah atau Pejabat
  • Sebagai kemudahan tambahan, para pelanggan yang berminat memiliki kenderaan Ford kini boleh meminta agar kenderaan pandu uji dihantar ke rumah atau pejabat.

  • Kenderaan pandu uji, berdasarkan permintaan, akan dihantar ke rumah atau pejabat pelanggan sekiranya berada di dalam lingkungan jarak 10km dengan wakil pengedar terdekat.

  • SDAC-Ford memantapkan lagi komitmen terhadap khidmat dan sokongan pelanggan melalui hubungan pelbagai saluran – ‘Jurujual Digital’ via WhatsApp, Chatbot di laman web dan talian Khidmat Pelanggan dan Bantuan Jalan Raya di samping permintaan untuk pandu uji, janji temu servis dan membuat pertanyaan atau memberi maklum balas dalam talian melalui laman web.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Jun 2020 - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia terus memantapkan khidmat kepada pelanggannya dengan menyediakan pilihan Khidmat Pandu Uji Ford ke rumah atau pejabat.

Selepas ini, para pelanggan yang berhasrat memiliki kenderaan Ford berpeluang memandu uji kenderaan yang dihantar ke rumah tanpa perlu datang ke premis wakil penjual. Perkhidmatan ini adalah untuk lokasi dalam lingkungan jarak 10km dengan wakil pengedar terdekat. Untuk mengurus penghantaran pandu uji ini, para pelanggan boleh menghubungi wakil pengedar terdekat, menghantar permohonan pandu uji secara dalam talian via laman web SDAC-Ford atau dengan menghantar pesanan kepada Jurujual Digital Ford di talian WhatsApp 019 204 1200.

“Pada waktu ini, kami faham bahawa para pelanggan mahukan khidmat tambahan yang memberi kemudahan. Untuk itu, kami menyediakan satu lagi pilihan dengan menghantar kenderaaan Ford yang ingin dipandu uji ke rumah atau pejabat pelanggan bagi membuktikan komitment kami dalam terus memantapkan sokongan dan khidmat kami kepada para pelanggan,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Langkah-langkah berwaspada akan diamalkan oleh perunding jualan semasa penghantaran kenderaan, termasuk memakai topeng muka, mencatat suhu badan, mensanitasi kenderaan yang diuji dan duduk di bahagian belakang kenderaan sebagai mematuhi peraturan penjarakan sosial.

“Bagi pelanggan yang memilih untuk terus ke premis wakil pengedar Ford, kami ingin meyakinkan mereka bahawa langkah-langkah perlu telah kami ambil bagi memastikan kesihatan dan keselamatan mereka, Ini termasuk penjarakan sosial, pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis, meletak cecair sanitasi tangan di sekitar bilik pameran dan sanitasi yang dilakukan dengan kerap di bahagian-bahagian yang sering disentuh,” tambah Muzri.

Selain itu, untuk mendapatkan bantuan, para pelanggan juga boleh menghubungi kami melalui chatbot laman web bagi membantu pengguna melayari laman web, talian Khidmat Pelanggan dan Bantuan Jalan Raya di 1300 38 3181 yang beroperasi sepanjang masa, khidmat atas talian untuk temujanji servis dan membuat pertanyaan atau memberi maklum balas melalui laman web SDAC-Ford – dengan 3 pilihan bahasa – English, Bahasa Malaysia dan Mandarin.

Select Language
Ooops!
Generic Popup