Penampilan Pertama Ford Ranger Raptor Dengan Warna Baharu Hitam (Absolute Black) Diiringi Ranger Wildtrak Di Carsifu Auto Show 2019
  • Ford Ranger Raptor berwarna Hitam (Absolute Black) akan ditampilkan untuk pertama kali kepada khalayak di Carsifu Auto Show 2019. Ranger Raptor akan menonjolkan dua warna baharu – hitam (Absolute Black) dan putih (Arctic White) di samping barisan warna sedia ada biru (Lightning Blue) dan kelabu (Conquer Grey)
  • Turut ditampilkan generasi baharu Ford Ranger Wildtrak 2.0L Bi-Turbo dengan beberapa teknologi yang pertama dan satu-satunya di dalam kelasnya termasuk, Parkir Selari Separa Automatik (Semi-Automatic Parallel Parking) dan Brek Kecemasan Autonomi (Autonomous Emergency Breaking) dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki 
  • Tawaran di Auto Show termasuk jaket eksklusif Ranger Raptor dan Pembersih Udara Kereta bagi tempahan Ranger Raptor dan rebat tunai RM6,000 bagi tempahan Ranger Wildtrak

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 March 2019 – SDAC, pengedar tunggal Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan penyertaannya di dalam Carsifu Auto Show 2019 di Mid Valley Megamall pada 3 hingga 7 April 2019, dengan menampilkan Ranger Raptor dan Ranger Wildtrak.

Para pengunjung Ford akan menjadi antara yang terawal menyaksikan Ranger Raptor dengan warna terbaharunya iaitu Hitam (Absolute Black). Bermula April ini, Raptor boleh didapati di dalam dua lagi pilihan cat terbaharu – Putih (Arctic White) and Hitam (Absolute Black), tambahan kepada barisan warna sedia ada iaitu Biru (Blue Lightning) dan Kelabu (Conquer Grey).

Ranger Raptor yang merupakan trak pikap pertama dan satu-satunya trak pikap berprestasi tinggi di Malaysia turut dilengkapi peredam hentak perlumbaan, FOX Racing Shox yang memberikan 30% lebih pergerakan roda berbanding Ranger dan dikalibrasikan untuk berupaya mengendali laluan lasak pada kelajuan tinggi.

Turut dipamerkan nanti adalah generasi baharu Ranger Wildtrak. Seperti Raptor, varian Wildtrak 4x4 menampilkan enjin diesel 2.0L Bi-Turbo, enjin terkecil dan paling berkuasa di pasaran bagi trak pikap – memberikan 213PS dan 500Nm daya kilas. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan yang terkini untuk memberikan lebih daya kilas, fleksibiliti dan pemanduan yang lebih senyap dan selesa.

Wildtrak juga gah dengan memiliki begitu banyak ciri-ciri teknologi bantu-pandu yang pertama dan satu-satunya di dalam segmennya termasuk Parkir Selari Separa Automatik (Semi- Automatic Parallel Parking) untuk memudahkan meletak kenderaan di jalan-jalan sempit di bandar, dan sistem Brek Kecemasan Autonomi (Autonomous Emergency Breaking) yang berupaya mengesan pejalan kaki dan kenderaan lain bagi membantu mengurangkan perlanggaran, Pengangkat Pintu But (Easy Lift Tailgate), Amaran Pelanggaran Depan (Forward Collision Warning,) Amaran dan Bantuan Keluar Laluan (Lane Departure Warning & Assist) dan Kawalan Meluncur Bolehsuai (Adaptive Cruise Control).

Kedua-dua Raptor dan Wildtrak dilengkapi dengan sistem infotainment SYNC®3 aktif-suara. Skrin sesentuh berwarna yang serasi dengan Apple CarPlay dan Android Auto juga dilengkapi dengan sistem navigasi satelit.

Para pengunjung yang menempah Ranger Raptor di Carsifu Auto Show 2019 akan mendapat hadiah istimewa berupa jaket Ranger Raptor edisi terhad dan Pembersih Udara Kereta manakala RM6,000 rebat tunai akan diberikan kepada pengunjung yang membuat tempahan Ranger Wildtrak di sana nanti. 

Select Language
Ooops!
Generic Popup