SDAC-Ford Tawarkan Pilihan Penjimatan dengan Empat Servis Kenderaan Percuma dan Rebat Tunai serta Perkenalkan Ford Ranger XLT Plus Facelift Baharu
  • Pelanggan dapat berjimat lebih banyak dengan empat (4) servis kenderaan percuma atau rebat tunai sebanyak RM2,000 dengan pembelian model Ford Ranger Raptor, WildTrak dan XLT Plus terpilih, rebat tunai sehingga RM7,000 untuk model XL dan sebanyak RM7,000 untuk model XLT terpilih bermula hari ini sehingga 31 Disember 2020*.

  • Pengenalan Ford Ranger XLT Plus facelift yang baharu dengan penambahbaikan lampu hadapan LED, reka bentuk bampar baharu dan grill hadapan berkrom yang memberikannya sentuhan premium.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 September 2020 - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengeluar tunggal jenama Ford di Malaysia, telah memperkenalkan promosi baharu hari ini dengan menawarkan empat (4) servis kenderaan percuma dan pilihan rebat tunai bagi kenderaan Ranger terpilih sehingga 31 Disember 2020*. Pada masa yang sama, Ford juga memperkenalkan Ford Ranger XLT Plus facelift baharu.

Promosi ini menawarkan lebih banyak penjimatan kos pemilikan kepada para pelanggan yang membeli varian-varian Ford Ranger Raptor, WildTrak dan XLT Plus dimana pelanggan boleh membuat pilihan antara empat (4) servis kenderaan percuma yang bersamaan dengan penyelangaraan percuma selama dua tahun atau sehingga 40,000km, yang mana-mana dahulu ataupun memilih rebat tunai bernilai RM2,000.

Bagi varian Ranger XL terpilih, para pelanggan boleh menikmati rebat tunai sehingga RM7,000 dan juga rebat tunai bernilai RM7,000 bagi varian Ranger XLT terpilih.

“Sukacita kami umumkan pilihan penjimatan yang lebih besar untuk pelanggan kami menikmati empat servis kenderaan percuma atau pilihan rebat tunai bagi model Ranger kami. Dengan pilihan penjimatan ini, para pelanggan kami diberi alternatif dalam berbelanja,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Muzri menambah, “Kami turut berbangga untuk memperkenalkan Ford Ranger XLT Plus facelift baharu yang kini didatangkan dengan ciri-ciri premium yang ada pada Ranger WildTrak dan Raptor. Varian Ranger XLT Plus ini diperkenalkan di Malaysia pada 2018 dan terbukti menjadi varian popular bagi para pelanggan yang mencari pikap bersesuaian untuk tugasan mahupun bersantai kini telah diberikan sentuhan lebih premium.”

Penambahbaikan premium bagi Ford Ranger XLT Plus facelift Baharu
Ford Ranger XLT Plus facelift datang dengan ciri-ciri yang dipertingkatkan sepertimana Ranger WildTrak dan Raptor – lampu hadapan Bi-LED berprestasi tinggi dengan 17 peratus lebih penembusan cahaya untuk penglihatan lebih jelas bagi pemanduan pada waktu malam, manakala warna bampar diperincikan dengan lip bampar berwarna perak yang seiras bahagian hadapan Ranger WildTrak. Ia turut didatangkan dengan grill hadapan eksklusif untuk melengkapkan keseluruhan rekaan luarannya lebih sofistikated.

Pilihah tepat untuk tugas mahupun santai
Ford Ranger XLT Plus menampilkan enjin 2.0L Single-Turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan untuk menghasilkan tenaga sehingga 180 PS dan daya kilas setinggi 420Nm.

Ia juga didatangkan dengan ciri-ciri keselesaan seperti fungsi tanpa kunci dan Pintu Kargo Belakang Mudah-Angkat menjadikan membuka dan menutup pintu kargo belakang begitu mudah. Ia merupakan pilihan tepat untuk pelanggan yang suka aktiviti luar dan melakukan hobi seperti berbasikal, berkhemah dan berkayak.

Ford Ranger XLT Plus yang mengekalkan keupayaan dalam perinciannya ini hadir dengan paparan skrin sentuh 8-inci, sistem multimedia SYNC® dengan kamera undur, 4X4 Shift-On-The-Fly elektronik, sistem stereng berkuasa EPAS (Electric Power Assisted Steering) yang ringan dan lincah serta lampu Daytime Running Lights (DRL) untuk penglihatan lebih jelas.

Ia turut dilengkapi dengan dua beg udara, Pembeza Gelincir Terhad (Limited Slip Differential, fungsi Kawalan Menuruni Bukit (Hill Descent Control), Bantuan Permulaan di Bukit (Hill Launch Assist), Sistem Cegah Brek Terkunci (ABS) dengan Bantuan Brek Kecemasan (EBA) dan Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX, Kawalan Stabiliti Elektronik dengan Kawalan Cengkaman, ‘Rollover Mitigation’, Kawalan Ayunan Treler dan Kawalan Adaptif untuk Beban dan Ford MyKey.’

Harga dan Kebolehsediaan
Ford Ranger XLT Plus facelift ini berharga RM129,888 (di atas jalan raya, tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia) dan didatangkan dalam lima pilihan warna – Aluminium Metallic, Arctic White, Lightning Blue, Meteor Grey dan Absolute Black.

Kesemua barisan Ranger memiliki jaminan penuh pengeluar selama tiga tahun, atau sehingga 100,000km, yang mana-mana dahulu.

Para pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pembelian boleh menghantar pesanan WhatsApp kepada Jurual Digital Ford di talian 019 204 1200 di antara jam 9 pagi – 4 petang pada hari Isnin- Jumaat, tidak termasuk cuti umum. Melalui talian ini para pelanggan akan disambungkan kepada jurujual Ford berdaftar yang berdekatan dengan lokasi mereka. Ini membolehkan para pelanggan melakukan transaksi pembelian mengikut keselesaan mereka di mana jua mereka berada.

* Tertakluk kepada terma dan syarat.

Select Language
Ooops!
Generic Popup