SDAC-Ford Tawar Penjimatan Menarik Bagi Barisan Varian Ford Ranger XLT
  • Promosi Varian Ford Ranger XLT tawarkan penjimatan menarik sehingga RM9,000 untuk Ranger XLT, XLT Plus dan XLT Edisi Khas sehingga 31 Mei 2020.
  • Barisan varian Ford Ranger XLT dilengkapi dengan teknologi keselamatan pintar, menonjolkan perakuan ‘Built Ford Tough’ bagi sebuah trak pikap yang lasak dan penuh keupayaan.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 27 Februari 2020 - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan ‘Promosi Varian Ford Ranger XLT’ dengan tawaran penjimatan bagi XLT, XLT Plus dan XLT Edisi Khas dari 1 Mac sehingga 31 Mei 2020.

Para pelanggan yang mahu membawa pulang Ford Ranger XLT Plus boleh merebut peluang penjimatan bernilai RM7,188, sementara pelanggan yang inginkan Ford Ranger XLT Edisi Khas pula boleh menikmati penjimatan sebanyak RM8,000. Manakala penjimatan sebanyak RM9,000 ditawarkan untuk varian XLT.

“Barisan varian Ford Ranger XLT terus menarik minat pelbagai lapisan pelanggan kerana penampilannya sebagai trak pikap yang mantap dan lasak sesuai untuk melakukan kerja berat dan santai. Selesa namun berkuasa, diperinci namun berupaya, para pelanggan kami begitu menghargai versatilitinya. Oleh itu, kami begitu teruja untuk memperkenalkan “Promosi Varian Ford Ranger XLT” kepada para pelanggan kami,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Ford Ranger XLT berupaya menghasilkan tenaga hingga 160PS dan daya kilas setinggi 385Nm, menjadikannya sesuai untuk para pelanggan yang mahukan sesuatu yang lebih untuk kegunaan kerja lasak dan urusan peribadi, Untuk XLT Edisi Khas, peningkatan termasuk paparan Skrin Sesentuh 9-inci dengan Kamera Undur dan juga fungsi Apple CarPlay dan Android Auto yang menyokong aplikasi-aplikasi mobil seperti Spotify, YouTube, Waze dan Google Chrome. Ia juga didatangkan dengan Tonneau Cover dan pelekat bergaya di sisi trak.

Ford Ranger XLT Plus menampilkan enjin 2.0L Single-Turbo yang dipadankan dengan transmisi 10-kelajuan automatik untuk menghasilkan tenaga sehingga 180 PS dan daya kilas setinggi 420 Nm. Ia juga didatangkan dengan ciri-ciri keselesaan seperti sistem kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup (Keyless Entry with Push-start Button) dan Pengangkat Pintu But (Easy Lift Tailgate) menjadikan membuka dan menutup pintu but begitu mudah. Ia merupakan pilihan tepat untuk pelanggan yang suka aktiviti luar dan melakukan hobi seperti berbasikal, berkhemah dan berkayak.

Ford Ranger XLT Edisi Khas didatangkan dalam dua warna – Putih (Arctic White) dan hitam (Absolute Black), manakala Ford Ranger XLT dan XLT Plus boleh didapati dalam warna Aluminium Metallic, biru (Lightning Blue), Putih Segar (Frozen White), Magnetic dan hitam (Absolute Black).

Untuk memilih varian Ford Ranger yang mana sesuai dengan tugasan dan aktiviti santai anda, layari https://www.sdacford.com.my/bm/model/model-perbandingan-produk-varian.

Select Language
Ooops!
Generic Popup