KUALA LUMPUR, Malaysia, 01 Disember 2019 - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) pengedar tunggal untuk jenama Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan promosi jualan dan servis untuk sambutan hujung tahun dan perayaan yang bakal menjelang.
“Kami sentiasa mensasarkan untuk memberikan faedah dan khidmat tambahan kepada para pelanggan kami dan mencari peluang bermakna untuk menghargai mereka. Kami begitu berbesar hati memberikan tawaran dan ganjaran terbaharu ini selain memastikan ketenangan minda kepada semua pemilik Ford kami bersempena dengan musim cuti yang bakal menjelang,’ kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.
Bermula 1 Disember 2019 sehingga 31 Januari 2020, para pelanggan yang membeli Ranger WildTrak atau Ranger Raptor akan menikmati penyelenggaraan percuma selama dua tahun atau sehingga 40,000km (yang mana-mana dahulu), hadiah bernilai RM2,000 dan payung golf Ford Performance yang eksklusif. Ranger WildTrak turut didatangkan dengan rebat tunai RM3,000 sepanjang tempoh promosi ini.