SDAC-Ford Perkenal ‘Promosi Bantuan Servis’ Tawar Penjimatan Untuk Servis Kenderaan Bermula Jun
  • Penjimatan sehingga 20 peratus untuk alat ganti dan pakej-pakej terpilih, termasuk penjimatan upah kerja sebanyak 10 peratus untuk minyak pelincir, brek dan pakej tali sawat pemasaan serta pemeriksaan kenderaan 27 – poin secara percuma.
  • Inisiatif bermula pada 10 Jun sehingga 30 Julai 2020.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Jun 2020 - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan ‘Promosi Bantuan Servis’ dengan penjimatan sehingga 20 peratus untuk servis dan alat ganti kenderaan bermula 10 Jun sehingga 30 Julai untuk memberikan para pelanggan lebih penjimatan dan kelegaan di waktu yang mencabar ini.

“Kami sentiasa mensasarkan untuk memberi faedah dan khidmat tambahan kepada para pelanggan kami. Orang ramai masih perlu menjalani aktiviti harian di waktu yang tidak menentu ini dan kami berharap agar penjimatan ini boleh meringankan beban mereka,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Servis dengan Penjimatan Sehingga 20%
Para pelanggan berpeluang mendapat faedah dengan penjimatan yang ditawarkan untuk alat ganti dan servis apabila mereka membuat janji temu servis kenderaan di mana-mana pusat servis Ford yang berdaftar bermula dari 1 Jun sehingga 30 Julai 2020. Untuk kelegaan yang lebih, semua pemilik kenderaan Ford boleh mendapatkan pemeriksaan kenderaan 27-poin secara percuma oleh juruteknik-juruteknik Ford yang bertauliah bagi memastikan kenderaan mereka berada di dalam keadaan yang cukup baik.

SDAC turut menawarkan lebih penjimatan sehingga 20 peratus untuk alat ganti terpilih. Hanya alat ganti pengeluar peralatan asli (OEM) digunakan, memberikan lebih jaminan kualiti dan keyakinan.

Para pelanggan juga boleh menikmati potongan 20 peratus untuk pakej-pakej brek dan tali sawat pemasaan, potongan sehingga 20 peratus untuk pakej minyak pelincir, di samping potongan 10 peratus upah kerja untuk pakej-pakej yang dinyatakan.

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Jualan Runcit dan Edaran Malaysia, Sime Darby Motors, berkata “Kami mengalu-alukan para pelanggan yang ingin melawat bilik-bilik pameran kami di lokasi yang ada di seluruh negara, termasuk bilik pameran yang merupakan mercu tanda kami yang terbaharu di Sime Darby Motors City, Ara Damansara. Ia merupakan mercu tanda kami yang terbesar di Malaysia dan dibina di atas kompleks automotif Sime Darby Motors City seluas 10.1 ekar yang turut mempamerkan rekaan terkini jenama Ford yang paling terkenal.

“Kami ingin meyakinkan para pelanggan kami bahawa kami telah mengambil segala langkah yang perlu bagi memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan dan para pengunjung. Ini termasuk mengamalkan penjarakan sosial. Di beberapa bilik pameran, para pelanggan harus menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis selain menyediakan cecair pensanitasi tangan,di sekitar bilik pameran” tambahnya lagi,

Menjaga Waranti Anda
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan, para pelanggan mungkin tidak dapat membuat janji temu servis kenderaan sebelum waranti mereka tamat tempoh atau melepasi had batuan. Oleh itu kami memberi peluang kepada para pelanggan yang berada dalam situasi ini untuk membuat janji temu servis dengan kami sebelum 30 Jun 2020.

Membuat Janji Temu Dengan Kami
Memandangkan kami mematuhi arahan kawalan kumpulan ramai dan penjarakan sosial di premis – premis kami, maka servis kenderaan hanya berdasarkan janji temu sahaja.

Terdapat beberapa cara untuk berbuat demikian:
  • Buat temu janji dalam talian anda di sini.
  • Dengan menghubungi Pusat Servis Ford yang sah. Senarai pusat servis boleh diperolehi di sini.
  • Melalui talian Hotline Khidmat Pelangggan kami di 1300 38 3181

Select Language
Ooops!
Generic Popup