Raikan Kemeriahan tahun baru cina dengan nilai lebih hebat di sime darby auto connexion-Ford
  • Sime Darby Auto Connexion melanjutkan tawaran kos penyelenggaraan sifar untuk lima tahun untuk Ford Ranger XLT
  • Rebat sehingga RM23,000 untuk setiap pembelian Ford Fiesta dan Ford Focus dari sekarang hingga 28 Februari, 2018
  • Diskaun sehingga 20 peratus untuk alat-alat ganti terpilih, termasuk pakej-pakej pelincir, brek, tali sawat pemasaan dan lain-lain.

Petaling Jaya, Malaysia, 08 Jan 2018 - Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia kini meraikan kemeriahan Tahun Baru Cina dengan melanjutkan promosi jualannya secara eksklusif untuk Ford Ranger XLT yang berkuasa, ekonomi dan inovatif.

Sebagai permulaan, pemilik Ford Ranger XLT baru boleh memandu pulang trak yang padat dengan pelbagai ciri ini dengan kos penyelenggaraan sifar untuk lima tahun atau 100,000km1. Tawaran ‘consumer-first’ ini juga termasuk rebat sehingga RM5,000, baucar membeli-belah dan sampul angpow edisi terhad yang ekslusif, sah dari sekarang hingga 28 Februari 2018.

SDAC turut menawarkan lebih banyak rebat dan hadiah-hadiah menarik untuk model-model Ford yang lain. Pemilik baru Ford Ranger WildTrak akan menerima hadiah Tahun Baru istimewa iaitu rebat sehingga RM5,000, baucar membeli-belah dan sampul angpow eksklusif. Tawaran menarik ini semestinya menjadikan pembelian WildTrak lebih menarik bagi mereka yang inginkan kuasa, prestasi, keselamatan dan teknologi terkini dalam sebuah model yang ikonik.

Rebat sehingga RM23,000, tiga tahun penyelenggaraan percuma dan waranti selama lima tahun ditawarkan bagi setiap pembelian Ford Focus atau Fiesta.

“Kami menyambut kedatangan tahun baru dengan limpahan tuah, kegembiraan dan kemakmuran yang penuh, dan tawaran-tawaran hebat ini memberikan nilai yang unggul kepada pemilik-pemilik sedia ada yang menunggu peluang untuk menaik taraf kenderaan mereka atau pelanggan baru yang ingin memiliki sebuah Ford,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto Connexion.

“Di samping komitmen kami untuk menawarkan pengalaman pemilikan yang mantap sepanjang tahun, tawaran-tawaran ini juga menunjukkan penghargaan kami kepada para pelanggan Ford yang setia atas sokongan mereka selama ini,” jelas beliau.
Untuk memastikan perjalanan pulang ke kampung halaman yang lebih selamat dan lancar di musim perayaan ini, SDAC menggalakkan pemilik Ford untuk memanfaatkan tawaran pemeriksaan kenderaan 27 mata percuma oleh juruteknik yang diiktiraf Ford yang hanya menggunakan alat-alat daripada pengeluar peralatan asli (OEM). Terdapat juga potongan sehingga 20 peratus untuk alat-alat ganti terpilih, termasuk pakej, brek, tali sawat pemasaan dan pakej pelincir; dan potongan sebanyak 10 peratus kos upah bagi pakej yang dipilih.

Para pelanggan yang berbelanja melebihi RM350 di dalam satu invois cukai sah, akan turut menerima cenderahati Ford secara percuma di pengedar-pengedar sah sahaja. Promosi ini ditawarkan di seluruh negara mulai 18 Disember 2017 hingga 17 Februari 2018, sementara stok masih ada.

Kunjungi bilik pameran Ford berdekatan anda hari ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana anda boleh menjadikan Tahun Baru Cina tahun ini lebih mantap, makmur dan berbaloi.

Tertakluk kepada terma dan syarat .


Select Language
Ooops!
Generic Popup