Miliki Ford focus - kereta yang penuh dengan ciri-ciri pintar dan keselamatan dari serendah rM668 sebulan*
  • Tawaran hebat untuk memiliki Ford Focus - dari RM668 sebulan* atau pilih rebat tunai sebanyak RM15,000 
  • Kenderaan Saiz Sederhana Jimat Minyak Berkuasa - dipilih ‘Enjin Petrol Terbaik 2017’ dan ‘Kereta Terbaik 2016’ 
  • Pengalaman pemanduan menarik dengan SYNC™ 3 dan ciri-ciri pintar dan selamat serta didatangkan dalam enam warna menarik 

PETALING JAYA, Malaysia, 14 Julai 2017 - Anda kini boleh memiliki salah satu kenderaan paling laris Ford yang bukan sahaja mempunyai rekabentuk yang menarik malah seronok untuk dipandu dari serendah RM668 sebulan* atau pilih rebat tunai sebanyak RM15,000. Ianya juga dilengkapi pelbagai teknologi pintar serta dikuasakan oleh enjin petrol pemenang anugerah 1.5L EcoBoost.
Ford Focus boleh didapati dalam enam warna bergaya -- Frozen White, Panther Black, Ingot Silver, Candy Red, Magnetic dan Winning Blue -- merupakan salah satu kenderaan yang paling berkuasa dan cekap dalam segmen kereta bersaiz sederhana di Malaysia.

"Kenderaan ini merupakan sebuah kereta dinamik yang harus dipertimbangkan untuk dimiliki oleh setiap rakyat Malaysia, terutamanya apabila lebih banyak pengguna memilih kereta yang jimat minyak hari ini," kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto Connexion.

"Kereta ini turut disenaraikan di AutoBuzz.my dalam kategori Kereta Terbaik Tahun 2016, #ABC2016, manakala enjin 1.5L EcoBoost mendapat pengiktirafan khas daripada Anugerah Kenderaan Tahunan (VOTY) 2017 untuk 'Enjin Petrol Terpilih' oleh DSF.my-Allianz Vehicle of the Year 2017 (VOTY 2017)," sambungnya lagi.

Beliau juga menambah, "walaupun aspek keseronokan memandu merupakan perkara paling penting, kami amat menitikberatkan aspek keselamatan dalam setiap kereta yang dijual.”

Ciri-ciri menyeronokkan, memastikan anda selamat
Antara pelopor dalam inovasi keselamatan, Ford Focus membantu pemandu mengekalkan kesedaran persekitaran mereka melalui Blind Spot Information System (BLIS) dengan ciri Cross-Traffic Alert, yang menggunakan tiga amaran berbeza untuk memaklumkan pemandu jika sistem mengesan kenderaan yang mendekati sama ada dari kiri atau kanan, sehingga 40 meter. Menggunakan teknologi radar, BLIS memberi isyarat kepada pemandu apabila pemandu lain berada di titik buta pemandu dengan menerangkan LED amaran di cermin luar.

Ford Focus juga dilengkapi dengan sistem parkir pintar dan bebas tangan yang dikenali sebagai Enhanced Active Park Assist, yang dibina pada Parallel Park Assist Ford dengan penambahan Perpendicular Park Assist. Sebaik diaktifkan, sistem akan mengimbas ruang parkir antara kereta. Apabila ruang ditemukan, proses memarkir kereta ke ruang parkir akan diambil alih oleh sistem, sementara pemandu mengawal pergerakan, brek serta pemecut kereta.

Perpendicular Park Assist menggunakan dua sensor ultrasonik baru di belakang kereta, yang juga membolehkan Park-Out Assist. Park-Out Assist menyenangkan pemandu untuk keluar dari tempat letak kereta selari, dengan mengawal stereng manakala pemandu hanya perlu mengendalikan brek dan pemecut.

Bagi pemanduan dalam bandar sehingga 50km/jam, Enhanced Active City Stop System dapat membantu untuk mengurangkan kemalangan pada kelajuan yang rendah, sistem ini akan pra-caj brek jika kereta menghampiri kenderaan di hadapan terlampau pantas. Sekiranya pemandu gagal bertindak, sistem akan mengurangkan tork enjin dan secara automatik akan menggunakan brek untuk mengurangkan kesan pelanggaran.

Satu lagi teknologi canggih dalam Ford Focus yang membantu keselamatan pemandu ialah teknologi Enhanced Transitional Stability yang secara aktif menentukan apabila kereta memenuhi syarat-syarat yang boleh menyebabkan kenderaan memutar secara tidak sengaja dan membantu untuk mencegah pemandu daripada kehilangan kawalan kereta. Apabila risiko dikenalpasti, brek pada roda individu akan digunakan untuk membantu pemandu mengekalkan kawalan dan meneruskan perjalanan.

Apabila pemilik kenderaan tidak berada di tempat pemandu, Ford MyKey™ membolehkan kunci ganti diprogramkan untuk pemandu lain untuk memberi jaminan kepada pemilik apabila meminjamkan kereta mereka kepada pemandu yang kurang berpengalaman. Teknologi ini mampu mengurangkan kelajuan maksimum kenderaan, memberi amaran petrol rendah, menghadkan tahap kelantangan hiburan dalam kereta atau melumpuhkan kereta sama sekali sekiranya tali pinggang keledar tidak dipasang.

Ford Focus dengan SYNC™ 3 baru yang mengagumkan, berperanan sebagai pembantu di jalan raya semasa memandu dengan membolehkan arahan suara apabila ingin membuat panggilan, bermain muzik, dan membantu membaca pesanan ringkas dengan lantang. SYNC™ 3 kini menyokong Android Auto™ dan Apple CarPlay.

Lebih Kuasa!
Ford Focus bukan sahaja pintar, malah ia merupakan kereta hijau yang dipenuhi dengan ciri-ciri cekap bahan bakar seperti Active Grille Shutters yang berfungsi untuk mengoptimumkan aliran udara melalui bilah-bilah bermotor yang berputar untuk menyekat aliran udara, sekaligus menjimatkan bahan api dengan menghasilkan pengurangan seretan aerodinamik sehingga enam peratus.
Enjin EcoBoost 1.5L 4 silinder adalah ahli kelima keluarga EcoBoost yang mempunyai kapasiti untuk meningkatkan kecekapan bahan bakar dan pelepasan CO2 sehingga 20 peratus. Paling berkuasa dalam kelasnya - dengan penghasilan kuasa sebanyak 180PS yang mengagumkan dan tork sebanyak 240Nm!

Ciri-ciri pintar
Ciri-ciri lain Ford Focus termasuk:

  • Butang entri Push/Start tanpa kunci  
  • Enam beg udara 
  • Kawalan iklim dwi-zon 
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 
  • Pemandu Berkuasa Elektrik Elektronik (EPAS) 
  • Torque Vectoring Control  
  • Hill Launch Assist 
  • SelectShift enam kelajuan dengan pendayung  

Kereta Ford Focus juga menawarkan kesenyapan kabin yang luar biasa dengan bahan-bahan nyah bunyi - termasuk cermin kaca penebat bunyi, kaca sisi tingkap yang lebih tebal, karpet yang tebal, peningkatan penebat dalam trim pintu, dan penebat enjin yang lebih baik.
Ciri-ciri keselamatan yang ada pada Ford Focus mendapat pengiktirafan maksimum 5-bintang Euro NCAP.

Harga bagi Ford Focus (di atas jalan tanpa insuran):

  • Focus Trend (5 pintu): RM118,888 
  • Focus Sport+ (5 pintu): RM139,888 
  • Focus Titanium+ (4 pintu): RM139,888  

Jika anda mencari kenderaan yang bersaiz sederhana berprestasi tinggi yang dilengkapi dengan teknologi pintar, kemudahan capaian terkini serta penuh dengan ciri-ciri keselamatan, ini adalah masa yang terbaik untuk mengambil kesempatan dengan promosi eksklusif dari Maybank, RM688 sebulan*.

Tempah sesi ujipandu sekarang di https://www.sdacford.com.my/request-a-test-drive atau lawati bilik pameran Ford berdekatan untuk merealisasikan keinginan anda.

*Pembayaran balik bulanan RM668 sebulan adalah berdasarkan jumlah pinjaman sebanyak RM106,000 untuk pinjaman 9 tahun dengan kadar faedah 1.38% (hanya di Maybank). Sila rujuk kepada peniaga sah anda untuk maklumat lanjut mengenai pelan pembayaran bulanan yang rendah atau rebat tunai. Hanya berkenaan dengan Ford Focus 1.5L EcoBoost Trend. Tawaran sah dari sekarang dan hanya bagi kenderaan yang didaftarkan sebelum 31 September 2017. Penampilan dan spesifikasi kenderaan mungkin berbeza dari kenderaan sebenar. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Select Language
Ooops!
Generic Popup