Lebih banyak sebab untuk “Bergaya” dengan Ford pada musim perayaan ini
Bawa pulang produk-produk elektrik bernilai sehingga RM15,000
PETALING JAYA, Malaysia, 19 Mei 2017 – Sambutan musim perayaan yang bakal tiba akan lebih “bergaya” pada tahun ini dengan pelbagai tawaran menarik untuk pelanggan-pelanggan Ford baharu.

Tawaran
Bilik-bilik pameran Ford seluruh negara akan memberikan baucar tunai menarik untuk barangan elektrik bernilai sehingga RM15,000 bagi setiap pembelian untuk model-model Ford terpilih*. Tawaran tersebut bermula dari sekarang hingga 31 Julai 2017.
Dengan setiap pembelian, para pelanggan juga berpeluang membawa pulang bekas makanan dua tingkat edisi terhad untuk mengekalkan kesegaran makanan perayaan (sementara stok masih ada).

Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion (SDAC), Syed Ahmad Muzri Syed Faiz menggesa mereka yang sedang mencari kenderaan baharu yang menarik pada musim perayaan ini untuk mengambil kesempatan terhadap tawaran ini.

“Kami menjangkakan pelanggan-pelanggan Ford kami untuk “bergaya” dengan kenderaan baharu mereka yang mengujakan serta membawa pulang pelbagai hadiah dan cenderahati bagi menjadikan sambutan perayaan akan datang lebih meriah, tidak dapat dilupakan dan menyeronokkan,” katanya.

Tangkap gambar, Cetak dan Peribadikan!
Untuk menjadikannya lebih menarik dan menyeronokkan pada musim perayaan ini, singgah sekejap di bilik pameran Ford pada bulan Ramadhan ini, tangkap gambar dan cetak gambar segera anda dan keluarga, dan peribadikan kad Hari Raya anda sendiri! Dan ianya adalah percuma!

Promosi Servis
Tidak dilupakan kepada pemilik kenderaan Ford sedia ada, semuanya boleh mendapat manfaat.
“Adalah penting untuk memeriksa kenderaan anda di pusat-pusat servis Ford yang diiktiraf untuk keselamatan pemanduan pulang ke kampong dengan tawaran pakej perayaan baharu kami,” tambah Syed Muzri.

Bermula dari 15 Mei hingga 30 Jun, pelanggan-pelanggan Ford mampu menikmati promosi servis bagi model-model kenderaan Ford terpilih:

  • ‘Diskaun alatan gantian’ sehingga 20 peratus bagi alatan terpilih termasuk pakej bilah ‘wiper’, brek dan ‘timing belt’.  
  • 10 peratus ‘diskaun buruh’ untuk pakej pelincir, brek dan ‘timing belt’ dengan ganjaran 27-mata Vehicle Health Check serta hadiah. 
  • Pelanggan yang memilih Pakej Penjimatan Minyak boleh menikmati diskaun 10 peratus untuk penapis minyak. 

Lebih menyeronokkan!
Sekiranya semua yang di atas tidak mencukupi, pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM350 untuk servis dan/atau penggantian alatan gentian di pusat-pusat servis Ford yang diiktiraf akan mendapat hadiah percuma dan paket Hari Raya sementara stok masih ada.

Walaupun semua hadiah dan cenderahati diberikan di bilik-bilik pameran dan pusat-pusat servis seluruh negara, nantikan “Ford Ranger Roamers” kami yang akan bergerak ke jalanan untuk memberikan buah kurma dan paket Hari Raya kepada orang awam pada bulan Ramadhan nanti!

*Tertakluk kepada terma dan syarat. Promosi hanya untuk model-model terpilih sehingga 31 Julai 2017.
Select Language
Ooops!
Generic Popup