Sambut ‘limpahan’ tuaian dengan Ford pada musim perayaan ini
Bawa pulang produk-produk elektrik bernilai sehingga RM15,000
PETALING JAYA, Malaysia, 19 Mei 2017 – Menyambut musim menuai (Perayaan Keamatan & Gawai) dengan lebih ‘limpahan’ tuaian pada tahun ini dengan pelbagai ganjaran menarik untuk dikongsi dengan pelanggan-pelanggan Ford baharu, di Sabah dan Sarawak.

Tawaran
Bilik-bilik pameran Ford seluruh negara akan memberikan baucar tunai menarik untuk barangan elektrik bernilai sehingga RM15,000 bagi setiap pembelian untuk model-model Ford terpilih*. Tawaran tersebut bermula dari sekarang hingga 31 Julai 2017.

Dengan setiap pembelian, para pelanggan juga berpeluang membawa pulang bekas makanan dua tingkat edisi terhad untuk mengekalkan kesegaran makanan perayaan (sementara stok masih ada).

Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion (SDAC), Syed Ahmad Muzri Syed Faiz menggesa mereka yang sedang mencari kenderaan baharu yang menarik pada musim perayaan ini untuk mengambil kesempatan terhadap tawaran ini.

“Kami menawarkan pelanggan-pelanggan baharu kami ‘limpahan’ kenderaan mengujakan, serta barangan dan hadiah-hadiah menarik bagi menjadikan sambutan perayaan ini lebih menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan,” katanya.

Tangkap gambar, Cetak dan Peribadikan!
Untuk menjadikannya lebih menarik dan menyeronokkan pada musim perayaan ini, singgah sekejap di bilik pameran Ford pada bulan Ramadhan ini, tangkap gambar dan cetak gambar segera anda dan keluarga, dan peribadikan kad Hari Raya anda sendiri! Dan ianya adalah percuma!

*Terma dan syarat adalah terpakai. Promosi hanya untuk model-model terpilih sehingga 31 Julai 2017.
Select Language
Ooops!
Generic Popup