Raikan Percutian Perayaan Akhir Tahun dengan Pelbagai Ganjaran dan Rebat dari SDAC-Ford
Petaling Jaya, Malaysia, 08 Nov 2017 – Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, akan merialisasikan impian anda untuk mengakhiri tahun ini dengan tawaran dan ganjaran hebat sambil mewarnai hidup anda dengan penuh kebiruan!

Kini tiba masanya untuk mempamerkan semangat percutian anda di jalanan dan menghiaskan kenderaan anda dengan dekorasi perayaan bagi memeriahkan lagi suasana. Dapatkan hidung biru dan tanduk rusa eksklusif Ford apabila anda memandu uji kenderaan Ford di mana-mana pengedar sah Ford di seluruh negara.

Dapatkan lebih daripada hanya sebuah kenderaan baru untuk mengakhiri tahun ini! Bagi setiap pembelian Ranger WildTrak, anda akan menerima rebat tunai sebanyak RM5,000, sementara Ranger XLT akan menawarkan anda kos penyelenggaraan sifar untuk lima tahun atau 100,000km1 di samping rebat tunai yang menawan. Untuk perjalanan yang menyeronokkan, anda boleh memilih untuk memiliki sebuah Focus atau Fiesta bersama rebat tunai sebanyak RM23,000, penyelenggaraan percuma selama tiga tahun dan waranti selama lima tahun.

Disamping kita memeriahkan suasana gembira perayaan dan percutian, keselamatan harus diutamakan. Bawa kenderaan anda untuk pemeriksaan 27-peringkat percuma oleh para juruteknik yang diperakui Ford, dan terima diskaun sebanyak 20 peratus bagi alat-alat ganti terpilih, termasuk pelincir, brek, tali sawat pemasaan dan pakej-pakej lain, dan diskaun buruh sebanyak 10 peratus bagi pakej-pakej pelincir, brek dan tali sawat pemasaan pada model-model Ford terpilih2. Promosi tersebut boleh didapati di seluruh negara mulai 18 Disember, 2017 sehingga 17 Februari, 2018.

“Kami teruja untuk menawarkan pakej-pakej perkhidmatan dan penyelenggaran menarik ini untuk memastikan agar kenderaan-kenderaan para pelanggan kami berada di dalam keadaan terbaik untuk perjalanan yang selamat,” kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, pengarah urusan, SDAC. “Mari jadikan musim perayaan ini penuh bermakna bersama keluarga yang tersayang.” 

Para pelanggan yang berbelanja melebihi RM350 di dalam satu invois cukai sah, akan turut menerima cenderamata Ford hanya di pengedar-pengedar sah Ford di seluruh negara, sementara stok masih ada.
Select Language
Ooops!
Generic Popup