Ranger dan Focus dipilih oleh rakyat Malaysia di Anugerah Pilihan Rakyat 2018 Carlist.my
KUALA LUMPUR, Malaysia, 03 Disember 2018 – Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, baru-baru ini telah meraih kemenangan berganda untuk Ford Ranger and Ford Focus di Anugerah Pilihan Rakyat & Anugerah Editor 2018 Carlist.my.


Ford Ranger yang telah memenangi pelbagai anugerah telah meraih popularitinya di kalangan rakyat Malaysia, memenangi kedudukan pingat emas untuk “Pick-up Truck of the Year” manakala Ford Focus dipilih sebagai tempat kedua kegemaran ramai, membawa pulang pingat “Perak” dalam ketegori “Mid-Range Hatch”.

“Kami sangat berbesar hati bahawa kedua-dua kenderaan kami merupakan kegemaran ramai yang telah menambat hati rakyat Malaysia seluruh negara. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia untuk undian dan sokongan mereka terhadap jenama kami. Kami akan sentiasa meningkatkan kepuasan dan pengalaman pemilikan Ford untuk anda”, kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Bin Syed Faiz.

Dengan slogannya “Built Ford Tough”, Ranger direka khas untuk pengendalian. Pada masa yang sama, ia memberikan tahap perbaikan yang menawarkan pilihan kepada pelanggan untuk memiliki bukan sahaja hanya pengembaraan atau trak komersial yang sedia ada, tetapi juga gaya hidup bersesuaian dengan gaya hidup anda sekeluarga.

Sementara itu, Ford Focus dengan ketara telah dinaiktaraf dalam kategori “Mid-Range Hatch” dengan gabungan kelas teknologi pintar, reka bentuk inovatif dan keselamatan serta kecekapan bahan api yang luar biasa.

Tahun 2018 merupakan tahun kedua pemenang Anugerah Carlist.my dipilih sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Pada tahun ini, sebanyak 7,000 orang pengundi kereta kegemaran mereka dengan sebanyak 18 kategori pada masa tempoh empat minggu.

Select Language
Ooops!
Generic Popup