Ford Ranger Raptor Baharu Kini Dipertingkatkan dengan Penambahan Ciri-Ciri Keselamatan Yang Pintar
  • Prestasi dipadankan dengan kepintaran untuk Ford Ranger Raptor Baharu apabila ditambah sistem bantuan pemanduan dengan ciri ciri yang dipertingkatkan .
  • Teknologi unggul termasuk Brek Kecemasan Autonomi dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki, Amaran Perlanggaran Hadapan serta Amaran dan Bantuan Keluar Lorong.
  • Gabungan karakter Ranger ‘Built Ford Tough’ dengan DNA Prestasi Ford, Ranger Raptor meletakkan tanda aras untuk daya kelajuan dan keupayaan laluan lasak.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 April 2020 - Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, hari ini melancarkan Ford Ranger Raptor Baharu menampilkan penambahan ciri-ciri keselamatan.

Ford Ranger Raptor yang baharu ini kekal sebagai pikap premium unggul dan kini dilengkapi dengan ciri-ciri bantuan pemanduan pintar termasuk:

  • Brek Kecemasan Berautonomi yang unggul dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki (Autonomous Emergency Braking with Vehicle and Pedestrian Detection) direka untuk mengesan pejalan kaki dan juga kenderaan di hadapan trak dan dan mengeluarkan bunyi amaran kepada pemandu. Sekiranya pemandu gagal untuk bertindakbalas, sistem tersebut secara automatik akan membrek bagi membantu mengurangkan kebarangkalian berlakunya hentaman belakang dan kemalangan jalan raya pejalan kaki.
  • Amaran Rempuhan Hadapan (Forward Collision Warning), yang mengesan kemungkinan perlanggaran hadapan dengan mengaktifkan bunyi amaran kepada pemandu. Sistem tersebut juga pra-caj secara automatik dan meningkatkan sensitiviti bantuan brek untuk memberikan tindakbalas menyeluruh apabila pemandu membrek.
  • Amaran dan Bantuan Keluar Lorong (Lane Departure Warning & Assist). Sistem ini menggetarkan stereng untuk menyedarkan pemandu apabila mereka terkeluar dari lorong mereka secara tidak sengaja, manakala Bantuan Kekal Lorong membantu pemandu kembali ke lorong asal sekiranya pemandu tidak memberi tindak balas.

Penambahbaikan pada Ford Ranger Raptor Baharu termasuk port pengecas USB tambahan pada cermin pandang belakang dan lampu hadapan LED untuk penglihatan lebih jelas untuk pemanduan waktu malam.

“Dengan penambahbaikan Ford Ranger Raptor, trak lasak yang unggul ini disempurnakan untuk menawan jalan raya, menjadikan ia lebih ideal untuk kegunaan harian dan menakluki laluan mencabar pada kelajuan yang menakjubkan. Kami yakin Ranger Raptor akan terus merevolusikan pasaran untuk para peminat trak pikap di Malaysia, “kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Autio ConneXion.

DNA Prestasi Ford yang disuntik kepada model Ranger ‘Built Ford Tough’, Raptor telah melangkaui jangkaan, meletakkan tanda aras baharu sebagai satu-satunya trak berprestasi yang laju di laluan lasak.

Ford Ranger Raptor dengan enjin diesel 2.0L Bi-Turbo yang berkuasa dipadankan dengan transmisi 10-kelajuan automatik. Ia menghasilkan tenaga maksimum 213 PS dan daya kilas setinggi 500Nm.

Menampilkan ciri redahan air sedalam 850mm, serta perendam hentak FOX Racing Shox dan Sistem Kendalian Permukaan (Terrain Management System) dengan enam mod termasuk Mod Baja untuk memberi prestasi tinggi, Ford Ranger Raptor juga dikalibrasi untuk melepasi had keupayaan dalam teknologi, inovasi dan kepuasan pemanduan.

Ford Ranger Raptor juga sarat dengan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan dan juga pelbagai teknologi pintar dan keselamatan dengan hanya menekan butang, yang menggabungkan ciri-ciri rekaan unik khas untuk Ranger Raptor.

Ford Ranger Raptor dijual dengan harga bermula RM208,888 (atas jalan, tanpa insurans) dan boleh didapati dalam 4 warna – Ford Performance Blue, Conquer Grey, Absolute Black dan Arctic White.

Muzri menambah, “Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, para pelanggan yang ada pertanyaan berkenaan pembelian Ford Ranger Raptor baharu digalakkan menghubungi kami secara digital melalui Jurujual Digital kami yag baharu sahaja dilancarkan iaitu, WhatsApp Live Chat.”

‘Jurujual Digital’ akan membantu menjawab pertanyaan para pelanggan berkenaan produk dan juga promosi yang sedang berlangsung, dan juga senarai harga kenderaan – walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Ia merupakan saluran yang menghubungkan para pelanggan dengan jurujual berdaftar Ford yang terdekat bagi memaklumkan tentang stok kenderaan sedia ada, promosi yang berlangsung di bilik pameran, pilihan pembiayaan pinjaman, cukai jalan dan yuran pendaftaran kenderaan serta pilihan insurans melalui WhatsApp, e-mel atau panggilan telefon.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan Ford Ranger Raptor hubungilah ‘Jurujual Digital’ kami antara jam 9 pagi hingga 4 petang, Isnin – Jumaat. Para pelanggan hanya perlu menghantar teks ke talian WhatsApp +6019-204 1200 untuk memulakan perbualan dan semua pertanyaan akan dilayan dalam tempoh 24 jam.

Select Language
Ooops!
Generic Popup