Ford Ranger Raptor Secara Rasminya Berada di Malaysia Bersama Ford Mustang Baharu Dipamerkan Di Kuala Lumpur International Motor Show 2018
  • Ford Ranger Raptor yang berkelajuan tinggi dengan prestasi hebat di laluan off-road kini ditawarkan pada harga RM199,888 dan sudah boleh ditempah di KL International Motor Show dan pengedar Ford di seluruh negara 
  • Pengenalan eksklusif Ford Mustang baharu yang diterbangkan khas untuk acara selama sepuluh hari itu kini dibuka untuk tempahan awal 
  • Promosi menarik mengenai kenderaan Ford di pameran dan pengedar Ford di seluruh negara

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 November 2018 – Ford Motor Company dan rakan pengedar eksklusifnya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini secara rasmi melancarkan Ford Ranger Raptor pada Hari Media di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2018 yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Ranger Raptor – trak berprestasi untuk laluan off-road pada kelajuan tinggi yang pertama dan satu-satunya dibina di kilang di Asia Pasifik – akan berada di KLIMS 2018 bermula 23 November hingga 2 Disember. 

Ranger Raptor ditawarkan pada harga RM199,888, didatangkan dalam dua warna menarik iaitu biru (Lightning Blue) dan warna unik Ranger Raptor, kelabu (Conquer Grey).

“Kami teruja untuk mencipta kisah kejayaan model Ranger di Malaysia dengan Ranger Raptor yang menggabungkan karakter ‘Built Ford Tough’ dan DNA Ford Performance, sekali gus menetapkan satu penanda aras baharu dari segi keupayaan di laluan off-road,” kata Pengarah Urusan Pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Company, Truong Kim Phong.

“Segala aspek tentang Ranger Raptor dibina di atas kecanggihan dan keupayaan fungsi Ranger yang luar biasa – model Ford paling laris di Malaysia dan antara trak pikap paling laris di pasaran. Kami yakin bahawa Ranger Raptor akan dapat membantu merevolusikan pasaran buat peminat trak pikap,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Bin Syed Faiz.

Ford Ranger Raptor
Ranger Raptor menyerlahkan DNA Ford Performance yang terkenal di seluruh dunia menerusi reka bentuk unik dan keupayaan luar biasa untuk memecut laju di laluan off-road.

Enjin diesel 2.0-liter Bi-Turbo penuh kuasa Ranger Raptor dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan, penyerap hentak Position Sensitive Damping (PSD) yang dikilangkan khas oleh FOX yang dipasang pada roda hadapan dan belakang merupakan ciri standard. Sementara suspensi belakang pautan Watt serba baharu yang inovatif dengan pegas gegelung belakang untuk membantu Raptor melangkaui had teknologi, inovasi dan keseronokan memandu.

Ranger Raptor dilengkapi ciri Sistem Pengurusan Mukabumi (TMS) yang menawarkan enam mod bagi membantu memberi prestasi sebenar, ini termasuklah Mod Baja (‘baha’) yang memang ditunggu-tunggu.

Sebagai tambahan, Ranger Raptor padat dengan ciri keselamatan dan kemudahan yang membuatkannya sesuai untuk dipandu di laluan biasa dan off-road. Pelbagai teknologi bantuan pemandu boleh diperoleh dengan hanya menekan butang, melengkapkan lagi ciri-ciri reka bentuk unik untuk Ranger Raptor.

Pengenalan Mustang Baharu
Selain Ranger Raptor, SDAC turut memperkenalkan Mustang baharu secara eksklusif dan mengesahkan ketibaannya di Malaysia pada tahun depan. Mustang baharu yakni satu-satunya unit yang diterbangkan khas dan dipamerkan pada KLIMS 2018 yang berlangsung selama 10 hari itu. Ford Mustang merupakan satu ikon budaya dan kereta sports paling laris di dunia untuk tiga tahun berturut-turut dengan lebih daripada satu pertiga jualannya di pasaran antarabangsa. Sejak eksport global bermula pada tahun 2015, Ford telah menjual 418,000 Mustang di 146 buah negara di seluruh dunia sehingga Disember 2017.

Tawaran-tawaran Eksklusif
SDAC menawarkan promosi eksklusif untuk kenderaannya di Kuala Lumpur International Motor Show 2018, ini termasuklah:

  • Pengunjung yang menempah Ranger dan Mustang Baharu berpeluang memenangi baucar tunai di dalam mesin terowong angin Bi-turbo. 
  • Pelanggan yang membeli mana-mana varian Ford Ranger juga berpeluang memenangi sebuah Ranger Raptor melalui peraduan Beli Sebuah Ford Ranger Baharu, Menang Sebuah Ranger Raptor (Buy A New Ford Ranger, Win A Ranger Raptor) 1
  • 888 pelanggan pertama yang mendaftarkan Ford Ranger baharu mereka akan menerima baucar barangan elektrik bernilai RM1,0001
  • Penyelenggaraan percuma selama 2 tahun atau perbatuan sehingga 40,000km untuk pelanggan yang berjaya mendaftar Ranger baharu dan Ranger Raptor sebelum 31 Januari 2019, yang mana dahulu1

Untuk melihat sendiri barisan kenderaan Ford yang hadir dengan tawaran menarik, pelanggan boleh melawat Booth#1009, Tingkat 1, Hall 2 bermula 23 November hingga 2 Disember di MITEC.


1Nota: Tertakluk kepada terma dan syarat 

Select Language
Ooops!
Generic Popup