SDAC-Ford Lancar Ford Ranger XLT Edisi Khas Dalam Jumlah Terhad
  • Eksklusif hanya untuk pasaran Malaysia, Ford Ranger XLT Edisi Khas akan dijual di seluruh negara dalam jumlah terhad
  • Ford Ranger XLT Edisi Khas datang dengan penambahan untuk menyerlahkan versatilitinya sebagai kenderaan gaya hidup trendi yang serba boleh
  • Didapati dalam warna Absolute Black dan Arctic White bermula dari RM120,888

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 Disember 2019
 – Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal untuk jenama Ford di Malaysia hari ini telah melancarkan model baharu Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas, khusus untuk pelanggan-pelanggan di Malaysia. Ia hanya dihasilkan dalam unit terhad untuk jualan di seluruh negara.

Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas ini hadir dalam warna Absolute Black dan Arctic White serta dipasang terus dengan dapra lebar (fender flare), kamera undur (rear view camera) serta penutup tonneau yang berfungsi. Untuk meningkatkan lagi tawaran gaya hidup Ranger ini, sistem infotainmen dinaik taraf dengan menggunakan skrin sesentuh 9-inci yang lebih besar, lengkap dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto yang menyokong aplikasi-aplikasi mobil seperti Spotify, Waze, YouTube dan Google Chrome melalui sambungan "hotspot" agar perjalanan anda lebih seronok serta memudahkan. Pelekat bercorak geometri juga diberikan di kiri dan kanan trak ini untuk melengkapkan gaya sporti dan lasaknya.

1
Dijual pada harga RM120,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM126,388 untuk Sabah dan Sarawak (harga atas jalan, tanpa insuran), Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas baharu ini sudah ada di semua dewan pameran Ford di Semenanjung Malaysia. Untuk Sabah dan Sarawak, trak ini akan mula dipamerkan pada minggu ketiga bulan Disember.

"Ranger terus menarik perhatian pelanggan dari pelbagai lapisan di seluruh negara. Dengan varian Edisi Khas yang terhad ini, kami mensasarkan ia akan mewujudkan satu produk yang lebih eksklusif bagi pelanggan-pelanggan yang mahukan sebuah kenderaan serba boleh untuk pemanduan di atas jalanraya dan laluan lasak. Ia juga memberikan satu lambang gaya hidup," ujar Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion.

Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas baharu ini menggunakan enjin Ford Duratorq 2.2L turbodiesel dan dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan automatik. Ia menghasilkan 160 PS dan daya kilas setinggi 385 Nm.

Samada ia dipandu untuk membawa beban yang berat, atau di laluan sukar, atau untuk cabaran luar, tugas-tugas mingguan atau pemanduan seharian di dalam bandar, perakuan "Built Ford Tough" untuk Ranger ini dan juga ruang kabin yang luas dan selesa menjadikan ia kenderaan paling ideal untuk tugasan atau rekreasi.

Antara kelengkapan lain untuk Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas ini termasuklah teknologi-teknologi pintar serta fungsi-fungsi keselamatan seperti 4X4 Shift-On-The-Fly, bilah pengelap dengan pengesan hujan, sistem stereng berkuasa EPAS (Electric Power Assisted Steering) yang ringan, lincah lampu daytime running lights dan lampu hadapan untuk penglihatan lebih terang. Ia turut dilengkapi dengan dua beg udara, ‘e-locking differential’, fungsi Kawalan Menuruni Bukit (Hill Descent Control), Bantuan Permulaan di Bukit (Hill Launch Assist), Sistem Cegah Brek Terkunci (Antilock Braking System) dengan Bantuan Brek Kecemasan (Emergency Brake Assist) dan Pengagihan Daya Brek Elektronik (Electronic Brake Force Distribution), cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX, Kawalan Stabiliti Elektronik (Electronic Stability Control) dengan Kawalan Cengkaman (Traction Control), Rollover Mitigation, Kawalan Ayunan Treler (Trailer Sway Control) dan Kawalan Adaptif untuk Beban (Adaptive Load Control).

Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas didatangkan dengan pakej waranti selama tiga tahun atau sehingga 100,000 km, yang mana terdahulu.

Select Language
Ooops!
Generic Popup